Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللّهَ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَجْعَلَ عَبْدًا لِلْخِلَافَةِ مَسَحَ يَدَهُ عَلَى جَبْهَتِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya jika Allah mahu menjadikan seseorang hamba itu pemimpin, Allah akan menyapu tangan-Nya ke atas dahinya.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 767, hadis no. 3918. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه - مرفوعاً: ((إن الله إذا أراد أن يجعل عبداً للخلافة مسح يده على جبهته)). [خط، ((الضعيفة)) (805)].
(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’: Sesungguhnya jika Allah mahu menjadikan seseorang hamba itu pemimpin, Allah akan menyapu tangan-Nya ke atas dahinya. [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 805]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman