Sesungguhnya jika Allah ingin menjenguk kalian pada malam al-Qadr, maka carilah pada tujuh hari yang terakhir

TEKS BAHASA ARAB

إن الله لو شاء لأطلعكم عليها، التمسوها في السبع الأواخر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya jika Allah ingin menjenguk kalian pada malam al-Qadr, maka carilah pada tujuh hari yang terakhir.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1138, hadis nombor 5744. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن مالك بن مرثد، عن أبيه رضي الله عنه قال: سألت أبا ذر فقلت: أسألت رسول الله ﷺ عن ليلة القدر؟ فقال: أنا كنت أسأل الناس عنها قال: قلت: يا رسول الله! أخبرني عن ليلة القدر، في رمضان أو في غيره؟ قال: ((بل هي في رمضان)) قال: قلت: يا رسول الله! تكون مع الأنبياء ما كانوا، فإذا قبض الأنبياء رفعت أم هي إلى يوم القيامة؟ قال: ((بل هي إلى يوم القيامة)) قال: فقلت: يا رسول الله! في أي رمضان هي؟ قال: ((التمسوها في العشر الأول، والعشر الأخير)) ، قال: ثم حدث رسول الله ﷺ، وحدث، فاهتبلت غفلته، فقلت: يا رسول الله في أي العشرين؟ قال: «التمسوها في العشر الأواخر، لا تسألني عن شيء بعدها». ثم حدث رسول الله ﷺ وحدث، فاهتبلت غفلته فقالت: يا رسول الله! أقسمت عليك! لتخبرني أو لما أخبرتني في أي العشر هي؟ قال: فغضب علي غضبا ما غضب علي مثله قبله، ولا بعده، فقال: «إن الله لو شاء لأطلعكم عليها، التمسوها في السبع الأواخر». [ابن خزيمة، حب، البزار، ك، ((الضعيفة)) (3100)]

(Lemah)
Daripada Malik bin Marthad daripada bapanya RA beliau berkata: Saya bertanya kepada Abu Dzar, saya berkata: "Adakah kamu pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang malam al-Qadr?." Abu Dzar menjawab, "Saya adalah orang yang paling banyak bertanya kepada Rasulullah SAW tentang hal itu." Abu Dzar melanjutkan perkataannya, saya berkata: "Wahai Rasulullah, beritahulah saya tentang malam al-Qadr, adakah malam al-Qadr berlaku di bulan Ramadan atau bulan selainnya?." Rasulullah SAW telah berkata: "Bahkan malam al-Qadr berlaku di bulan Ramadan." Abu Dzar melanjutkan: Aku lalu berkata: "Adakah malam itu hanya ada bersama para Nabi, sehingga ketika mereka semua meninggal malam itu diangkat oleh Allah? Atau itu berlaku hingga datang hari kiamat?." Beliau bersabda, "Bahkan malam al-Qadr sampai hari kiamat." Aku bertanya: "Wahai Rasulullah SAW, bilakah malam al-Qadar itu berlaku pada bulan Ramadan?’. Beliau telah berkata: "Carilah dengan sungguh-sungguh di sepuluh awal atau di sepuluh hari terakhir di bulan Ramadan." Lalu Rasulullah SAW menceritakannya, sedangkan aku lupa (lalai), Aku lalu berkata: "Wahai Rasulullah, aku bersumpah kepadamu atas hak aku kepadamu tentang apa yang engkau khabarkan kepadaku, di dua puluh hari yang mana?." Beliau telah berkata: Carilah malam al-Qadr pada sepuluh malam terakhir, dan jangan kau tanyakan sesuatu lagi setelahnya. Lalu Rasulullah SAW menceritakannya, sedangkan aku lupa (lalai), Aku lalu berkata: "Wahai Rasulullah, aku bersumpah kepadamu atas hak aku kepadamu tentang apa yang engkau khabarkan kepadaku, pada sepuluh hari yang mana? Beliau berkata: Baginda pun marah kepadaku dengan marah yang belum pernah terjadi sebelumnya dan selepasnya, baginda berkata: "Sesungguhnya jika Allah ingin menjenguk kalian pada malam al-Qadr, maka carilah pada tujuh hari yang terakhir."
[Riwayat Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban dalam Sahih Ibn Hibban, al-Bazar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 3100]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs