Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن الله لو شاء لأطلعكم عليها، التمسوها في السبع الأواخر.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya jika Allah ingin menjenguk kalian pada malam al-Qadr, maka carilah pada tujuh hari yang terakhir.
Sahabat Perawi
- Malik bin Marthad
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1138, hadis no. 5744. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن مالك بن مرثد، عن أبيه رضي الله عنه قال: سألت أبا ذر فقلت: أسألت رسول الله ﷺ عن ليلة القدر؟ فقال: أنا كنت أسأل الناس عنها قال: قلت: يا رسول الله! أخبرني عن ليلة القدر، في رمضان أو في غيره؟ قال: ((بل هي في رمضان)) قال: قلت: يا رسول الله! تكون مع الأنبياء ما كانوا، فإذا قبض الأنبياء رفعت أم هي إلى يوم القيامة؟ قال: ((بل هي إلى يوم القيامة)) قال: فقلت: يا رسول الله! في أي رمضان هي؟ قال: ((التمسوها في العشر الأول، والعشر الأخير)) ، قال: ثم حدث رسول الله ﷺ، وحدث، فاهتبلت غفلته، فقلت: يا رسول الله في أي العشرين؟ قال: «التمسوها في العشر الأواخر، لا تسألني عن شيء بعدها». ثم حدث رسول الله ﷺ وحدث، فاهتبلت غفلته فقالت: يا رسول الله! أقسمت عليك! لتخبرني أو لما أخبرتني في أي العشر هي؟ قال: فغضب علي غضبا ما غضب علي مثله قبله، ولا بعده، فقال: «إن الله لو شاء لأطلعكم عليها، التمسوها في السبع الأواخر». [ابن خزيمة، حب، البزار، ك، ((الضعيفة)) (3100)]
(Lemah) Daripada Malik bin Marthad daripada bapanya RA beliau berkata: Saya bertanya kepada Abu Dzar, saya berkata: "Adakah kamu pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang malam al-Qadr?." Abu Dzar menjawab, "Saya adalah orang yang paling banyak bertanya kepada Rasulullah SAW tentang hal itu." Abu Dzar melanjutkan perkataannya, saya berkata: "Wahai Rasulullah, beritahulah saya tentang malam al-Qadr, adakah malam al-Qadr berlaku di bulan Ramadan atau bulan selainnya?." Rasulullah SAW telah berkata: "Bahkan malam al-Qadr berlaku di bulan Ramadan." Abu Dzar melanjutkan: Aku lalu berkata: "Adakah malam itu hanya ada bersama para Nabi, sehingga ketika mereka semua meninggal malam itu diangkat oleh Allah? Atau itu berlaku hingga datang hari kiamat?." Beliau bersabda, "Bahkan malam al-Qadr sampai hari kiamat." Aku bertanya: "Wahai Rasulullah SAW, bilakah malam al-Qadar itu berlaku pada bulan Ramadan?’. Beliau telah berkata: "Carilah dengan sungguh-sungguh di sepuluh awal atau di sepuluh hari terakhir di bulan Ramadan." Lalu Rasulullah SAW menceritakannya, sedangkan aku lupa (lalai), Aku lalu berkata: "Wahai Rasulullah, aku bersumpah kepadamu atas hak aku kepadamu tentang apa yang engkau khabarkan kepadaku, di dua puluh hari yang mana?." Beliau telah berkata: Carilah malam al-Qadr pada sepuluh malam terakhir, dan jangan kau tanyakan sesuatu lagi setelahnya. Lalu Rasulullah SAW menceritakannya, sedangkan aku lupa (lalai), Aku lalu berkata: "Wahai Rasulullah, aku bersumpah kepadamu atas hak aku kepadamu tentang apa yang engkau khabarkan kepadaku, pada sepuluh hari yang mana? Beliau berkata: Baginda pun marah kepadaku dengan marah yang belum pernah terjadi sebelumnya dan selepasnya, baginda berkata: "Sesungguhnya jika Allah ingin menjenguk kalian pada malam al-Qadr, maka carilah pada tujuh hari yang terakhir." [Riwayat Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban dalam Sahih Ibn Hibban, al-Bazar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 3100]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman