Sesungguhnya jihad wanita adalah melayan dengan baik suaminya

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إن جماعة من الصحابة ذهبوا إلى رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم ليسألوه فقال: جئتم تسألوني عن الصنائع لمن تحق؟ لا ينبغي صنيع إلا لذي حسب أو دين، وجئتم تسألوني عن جهاد الضعيف، وهو: الحج والعمرة، وجئتم تسألوني عن جهاد المرأة. فإن جهاد المرأة حسن التبعل لزوجها. وجئتم تسألوني عن الأرزاق من أين؟ أبى الله أن يرزق عبده إلا من حيث لا يعلم.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sekumpulan sahabat pergi berjumpa dengan Rasulullah SAW untuk bertanya soalan kepada Baginda SAW. Maka Rasulullah SAW bersabda: Kamu datang kepadaku untuk bertanya berkenaan dengan makanan, siapa yang berhak ke atasnya? Tidak harus makanan tersebut melainkan orang yang berkemampuan dan beragama. Kamu datang kepadaku untuk bertanya berkenaan jihad orang yang lemah iaitu haji dan umrah. Kamu datang kepadaku untuk bertanya berkenaan jihad wanita, sesungguhnya jihad wanita adalah melayan dengan baik suaminya. Kamu datang kepadaku untuk bertanya berkenaan rezeki datang dari mana? Allah enggan memberikan rezeki kepada hambanya melainkan dari sumber yang dia tidak ketahui.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 63, hadis nombor 10. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه ابن حبان عن جعفر بن محمد عن أبيه عن جده مرفوعا، وقال: موضوع.
آفته: أحمد بن داود بن عبد الغفار.
وأخرجه الحاكم في تاريخه عن أبي هريرة، وقال: غريب الإسناد والمتن.
ورواه [البيهقي] عن علي بن الحسين عن أبيه عن علي من غير طريق أحمد بن داود. وقال: لا أحفظه [إلا] بهذا الإسناد، وهو ضعيف بمرة.
وأخرجه ابن عبد البر في التمهيد من الوجه الأول.

Ibnu Hibban meriwayatkan daripada Ja’far bin Muhammad daripada bapanya daripada datuknya secara marfu' (yang disandarkan kepada Nabi). Ibn Hibban berkata hadith ini palsu, kecacatannya ialah pada Ahmad bin Daud bin Abdil Ghafar.

Al-Hakim meriwayatkan di dalam Tarikhnya daripada Abu Hurairah, beliau berkata: Hadith ini gharib dari sudut sanad dan matannya.

Al-Baihaqi turut meriwayatkan daripada Ali bin al-Husain daripada bapanya daripada Ali daripada selain jalan Ahmad bin Daud, al-Baihaqi berkata: aku tidak menghafalnya melainkan daripada sanad ini, dan ia sangat daif. Ibn Abdil Bar juga meriwayatkan di dalam kitabnya al-Tamhid daripada sanad yang pertama.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs