TEKS BAHASA ARAB
حديث: إن جبريل نزل على النبي صلى الله عليه وآله وسلم في قباء ومنطقة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sesungguhnya Jibril turun kepada Nabi SAW berpakaian Qiba’ (sejenis jubah yang dipakai atas jubah) dan bertali pinggang.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 191, hadis nombor 13. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الخطيب، وهو موضوع، وضعه وهب بن وهب [أبو] البختري قاضى الرشيد، في قصة معروفة.
Al-Khatib meriwayatkannya sedangkan ia palsu. Wahab bin Wahab dikenali sebagai Abu al-Bakhtari, seorang qadi kepada Khalifah Harun al-Rasyid telah merekanya dalam satu kisah yang terkenal.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.