Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Jibril turun kepada Nabi SAW berpakaian Qiba’

Teks Bahasa Arab

حديث: إن جبريل نزل على النبي صلى الله عليه وآله وسلم في قباء ومنطقة.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesungguhnya Jibril turun kepada Nabi SAW berpakaian Qiba’ (sejenis jubah yang dipakai atas jubah) dan bertali pinggang.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 191, hadis no. 13. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب، وهو موضوع، وضعه وهب بن وهب [أبو] البختري قاضى الرشيد، في قصة معروفة.

Al-Khatib meriwayatkannya sedangkan ia palsu. Wahab bin Wahab dikenali sebagai Abu al-Bakhtari, seorang qadi kepada Khalifah Harun al-Rasyid telah merekanya dalam satu kisah yang terkenal.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.