Sesungguhnya Jibril sudah berjanji mahu bertemuku, namun sudah tiga hari dia tidak datang

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن جبريل عليه السلام وعدني أن يأتيني ولم يأتني منذ ثلاث. قال: فإذا كلب قال أسامة: فوضعت يدي على رأسي فصحت فقال: ما لك يا أسامة؟ فقلت: كلب فأمر به النبي صلى الله عليه وسلم فقتل، ثم أتاة جبريل فقال: ما لك لم تأتني وكنت إذا وعدتني لم تخلفني؟ فقال: إنا لا ندخل بيتا فيه كلب ولا تصاوير إِنَّ جبريلَ عليهِ السلامُ وَعَدَنِي أن يأتيَني ولم يأتِني منذ ثلاثٍ . قال : فإذا كلبٌ قال أسامةُ : فوضعتُ يدي على رأسي فَصِحْتُ فقال : ما لكَ يا أسامةُ ؟ فقلتُ : كلبٌ . فأمرَ بهِ النبيُّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ فقُتِلَ ثم أتاهُ جبريلَ فقالَ : ما لكَ لم تأتني وكنتَ إذا وَعَدْتَنِي لم تَخْلُفْنِي؟ فقال : إنَّا لا ندخلُ بيتًا فيه كلبٌ ولا تصاويرُ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Jibril sudah berjanji mahu bertemuku, namun sudah tiga hari dia tidak datang. Tiba-tiba aku terlihat seekor anjing, aku meletakkan tanganku di kepala sambil berteriak. Baginda SAW bertanya: Kamu ini mengapa pula wahai Usamah?. Aku berkata: Ada seekor anjing. Nabi SAW memerintahkan agar anjing tersebut dibunuh, maka perintah tersebut terlaksana. Tidak lama selepas itu, Jibril pun datang. Baginda SAW berkata: Mengapakah kamu tidak datang menemuiku sedangkan selama ini kamu tidak pernah memungkiri janji? Jibril menjawab: Kami tidak masuk ke dalam mana-mana rumah yang ada anjing dan patung/lukisan (bernyawa).

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1107, hadis nombor 5610. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا بهذا السياق دون قول جبريل) عن أسامة رضي الله عنه، قال: دخلت على النبي صلى الله عليه وسلم وعليه الكآبة، فقلت: ما لك يا رسول الله؟ فقال: إن جبريل عليه السلام وعدني أن يأتيني ولم يأتني منذ ثلاث. قال: فإذا كلبٌ قال أسامة: فوضعتُ يدي على رأسي فصحتُ فقال: ما لك يا أسامة؟ فقلتُ: كلبٌ فأمر به النبي صلى الله عليه وسلم فقتل ثم أتاه جبريل فقال: ما لك لم تأتني وكنت إذا وعدتني لم تخلفني؟ فقال: إنا لا ندخل بيتًا فيه كلب ولا تصاوير. [طب، الضعيفة (6778)].

(Sangat lemah dengan konteks ini, tanpa ucapan Jibril) Daripada Usamah, beliau masuk bertemu Nabi SAW dan pada wajah Baginda SAW terzahir kesugulan. Aku bertanya, Mengapakah kamu kelihatan sugul, wahai Rasulullah? Baginda memberitahu: Sesungguhnya Jibril sudah berjanji mahu bertemuku, namun sudah tiga hari dia tidak datang. Tiba-tiba aku terlihat seekor anjing, aku meletakkan tanganku di kepala sambil berteriak. Baginda SAW bertanya: Kamu ini mengapa pula wahai Usamah?. Aku berkata: Ada seekor anjing. Nabi SAW memerintahkan agar anjing tersebut dibunuh, maka perintah tersebut terlaksana. Tidak lama selepas itu, Jibril pun datang. Baginda SAW berkata: Mengapakah kamu tidak datang menemuiku sedangkan selama ini kamu tidak pernah memungkiri janji? Jibril menjawab: Kami tidak masuk ke dalam mana-mana rumah yang ada anjing dan patung/lukisan (bernyawa). [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6778]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.