Lemah dengan konteks ini
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ جِبْرِيلَ ذَهَبَ بِإِبْرَاهِيمَ إِلَى جَمْرَةِ الْعَقَبَةِ، فَعَرَضَ لَهُ الشَّيْطَانُ فَرَمَاه بِسَبْعِ حَصَيَاتٍ، فَسَاخَ ، فَلَمَّا أَرَادَ إِبْرَاهِيمُ أَنْ يَذْبَحَ ابْنَهُ إِسْحَاقَ، قَالَ لِأَبِيهِ: يَا أَبَتِ ! أَوْثِقْنِي لَا أَضْطَرِِبُ، فيَنْتَضِحَ عَلَيْكَ مِنْ دَمِي إِذَا ذَبَحْتَنِي، فَشَدَّهُ فَلَمَّا أَخَذَ الشَّفْرَةَ، فَأَرَادَ أَنْ يَذْبَحَهُ، نُودِيَ مِنْ خَلْفِهِ {أَنْ يَا إِبْرَاهِيمُ قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا}.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Jibril pergi bersama Ibrahim AS ke Jamrah al-Aqabah lalu syaitan mengganggu baginda. Maka baginda membaling tujuh batu kemudian ia hilang. Apabila Ibrahim AS ingin menyembelih anaknya Ishak, anaknya (Ishak) berkata kepada ayahnya: "Wahai ayah! Ikatlah aku agar aku tidak meronta-ronta sehingga darahku terkena padamu ketika kamu menyembelihku". Maka Ibrahim AS pun mengikatnya, lalu baginda mengambil pisau dan hendak menyembelih Ishak, tiba-tiba baginda diseru daripada belakangnya: {Wahai Ibrahim! Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi tersebut}.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān
Status
Lemah dengan konteks ini
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1655, hadis no. 8352. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah dengan konteks ini) Daripada Ibnu Abbas RA secara marfu’: ((Sesungguhnya Jibril pergi bersama Ibrahim AS ke Jamrah al-Aqabah lalu syaitan mengganggu baginda. Maka baginda membaling tujuh batu kemudian ia hilang. Apabila Ibrahim AS ingin menyembelih anaknya Ishak, anaknya (Ishak) berkata kepada ayahnya: "Wahai ayah! Ikatlah aku agar aku tidak meronta-ronta sehingga darahku terkena padamu ketika kamu menyembelihku". Maka Ibrahim AS pun mengikatnya, lalu baginda mengambil pisau dan hendak menyembelih Ishak, tiba-tiba baginda diseru daripada belakangnya: {Wahai Ibrahim! Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi tersebut}.)) [Riwayat Ahmad dalam musnadnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 337].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman