Sesungguhnya Jibril menjamuku al-Harisah (sejenis makanan)

TEKS BAHASA ARAB

إن جبريل أطعمني الهريسة يشد بها ظهري لقيام الليل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Jibril menjamuku al-Harisah (sejenis makanan). Ia menguatkan belakangku untuk berdiri solat malam.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 260, hadis nombor 465. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ذكر ابن حجر في شرح الشمائل أنه روى الطبراني في الأوسط أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إن جبريل أطعمني الهريسة يشد بها ظهري لقيام الليل، ورد بأنه موضوع.

Ibn Hajar menyebutkan dalam Syarah al-Shama’il bahawa al-Tabarani telah meriwayatkan dalam Kitab al-Awsat, bahawa Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya Jibril menjamuku al-Harisah (sejenis makanan). Ia menguatkan belakangku untuk berdiri solat malam. Dan beliau (Ibn Hajar) menolaknya dengan (menyatakan) bahawa ia adalah palsu.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs