Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ جِبْريلَ أطعَمني الهَرِيسةَ يشُدُّ بها ظَهْري لقيامِ اللَّيلِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Jibril menjamuku al-Harisah (sejenis makanan). Ia menguatkan belakangku untuk berdiri solat malam.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 260, hadis no. 465. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ذكر ابن حجر في شرح الشمائل أنه روى الطبراني في الأوسط أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إن جبريل أطعمني الهريسة يشد بها ظهري لقيام الليل، ورد بأنه موضوع.
Ibn Hajar menyebutkan dalam Syarah al-Shama'il bahawa al-Tabarani telah meriwayatkan dalam Kitab al-Awsat, bahawa Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya Jibril menjamuku al-Harisah (sejenis makanan). Ia menguatkan belakangku untuk berdiri solat malam. Dan beliau (Ibn Hajar) menolaknya dengan (menyatakan) bahawa ia adalah palsu.
Rujukan
Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.
Makluman