Sesungguhnya Jibril datang kepadaku

TEKS BAHASA ARAB

أن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل إلى أن قال تفتح فيها أبواب السماء وأبواب الرحمة ثلاثمائة باب إلى الصبح فيغفر لجميع من لا يشرك بالله غير مشاحن أو عاشر أو مدمن خمر أو مصر على زنا إلى أن قال فخرج صلى الله عليه وسلم إلى البقيع وسجد وتعوذ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Jibril datang kepadaku pada malam pertengahan bulan Sya’ban. Kemudian ia berkata: Bangunlah dan tunaikan solat sehingga ia berkata: Akan dibuka pada malam tersebut pintu-pintu langit dan pintu rahmat yang jumlahnya sebanyak tiga ratus pintu. Allah akan ampunkan sesiapa yang tidak menyekutukan Allah kecuali orang yang saling membenci, orang yang ketagihan arak atau orang yang sentiasa melakukan zina sehingga Ubai berkata: Maka Rasulullah SAW keluar menuju ke al-Baqi’ kemudian bersujud dan meminta perlindungan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 45. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في الذيل حديث أبي بن كعب «أن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل إلى أن قال تفتح فيها أبواب السماء وأبواب الرحمة ثلاثمائة باب إلى الصبح فيغفر لجميع من لا يشرك بالله غير مشاحن أو عاشر أو مدمن خمر أو مصر على زنا إلى أن قال فخرج صلى الله عليه وسلم إلى البقيع وسجد وتعوذ» إلخ. بطوله لم يبين حاله وأصل الحديث بلا طول للترمذي، وفي بعض الرسائل قال علي بن إبراهيم ومما أحدث في ليلة النصف الصلاة الألفية مائة ركعة بالإخلاص عشرا عشرا بالجماعة واهتموا بها أكثر من الجمع والأعياد ولم يأت بها خبر ولا أثر إلا ضعيف أو موضوع ولا يغتر بذكره لها صاحب القوت والإحياء وغيرهما ولا بذكر تفسير الثعلبي أنها ليلة القدر وكان للعوام بهذه الصلاة افتتان عظيم حتى التزم بسببها كثرة الوقود وترتب عليه من الفسوق وانتهاك المحارم ما يغني عن وصفه حتى خشي الأولياء من الخسف وهربوا فيها إلى البراري، وأول حدوث هذه الصلاة ببيت المقدس سنة ثماني وأربعين وأربعمائة، وقال زيد بن أسلم ما أدركنا أحدا من مشايخنا وفقهائنا يلتفتون إلى ليلة البراءة وفضلها على غيرها، وقال ابن دحية أحاديث صلاة البراءة موضوعة وواحد مقطوع ومن عمل بخبر صح أنه كذب فهو من خدم الشيطان قال علي بن إبراهيم وقد رأينا كثيرا ممن يصلي في الليلة القصيرة فيفوتهم الفجر ويصبحون كسالى قال وقد جعلها جهلة أئمة المساجد مع صلاة الرغائب ونحوها شبكة لجمع العوام وطلب رياسة التقدم وملأ بذكرها القصاص مجالسهم وكل عن الحق بمعزل ثم أنه تعال أقام أئمة الهدى في سعي إبطال الصلاة فتلاشى أمرها إلى أن صارت تصلى لعبا ولهوا وتكامل إبطالها في البلاد المصرية والشامية في أوائل سني المائة الثامنة، وقد ضعف ابن العربي حديث عائشة في صلاة النصف مطلقا وعتقاء النار بعدد شعر غنم كلب، قال أحقر عباده حديث عائشة في ذهابه بالبقيع ونزول الرب ليلة النصف إلى سماء الدنيا فيغفر لأكثر من عدد شعر غنم كلب أخرجه الترمذي، قال وفي الباب عن أبي بكر الصديق رضي الله عنه وسمعت محمدا يضعف حديث عائشة، قال الترمذي وفيه انقطاعان قلت يجوز العمل بالحديث الضعيف ولعلهم أنكروه هنا لما يقارنه من المنكرات، قال علي وأول حدوث الوقود من البرامكة وكانوا عبدة النار فلما أسلموا أدخلوا الإسلام ما يموهون أنه من سنن الدين ومقصودهم عبادة النيران ولم يأت في الشرع استحباب زيادة الوقود على الحاجة في موضع وما يفعله عوام الحجاج من الوقود بجبل عرفات وبالمشعر الحرام فهو من هذا القبيل، قال وقد أنكر الطرطوشي الاجتماع ليلة الختم في التراويح ونصب المنابر وبين أنه بدعة منكرة وأعظم منه ما يوجد اليوم في مجلس القصاص والبداة من اختلاط الرجال والنساء وتلاصق أجسادهم حتى يروى أن رجلا ضم امرأة من خلف وعبث بها وآخر التزم امرأة وغير ذلك من الفسوق واللغط والسرقة وتنجيس مواضع العبادة وإهانة بيوت الله وكله بدعة وضلالة.

Di dalam kitab al-Zayl menyebut: Hadith yang diriwayatkan daripada Ubai Bin Ka’ab:

أَن جِبْرِيل أَتَانِي لَيْلَة النّصْف من شعْبَان قَالَ قُم فصل إِلَى أَن قَالَ تفتح فِيهَا أَبْوَاب السَّمَاء وأبواب الرَّحْمَة ثَلَاثمِائَة بَاب إِلَى الصُّبْح فَيغْفر لجَمِيع من لَا يُشْرك بِاللَّه غير مُشَاحِن أَو عَاشر أَو مدمن خمر أَو مصر على زنا إِلَى أَن قَالَ فَخرج صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى البقيع وَسجد وتعوذ

“Sesungguhnya Jibril datang kepadaku pada malam pertengahan bulan Sya’ban. Kemudian ia berkata: Bangunlah dan tunaikan solat sehingga ia berkata: Akan dibuka pada malam tersebut pintu-pintu langit dan pintu rahmat yang jumlahnya sebanyak tiga ratus pintu. Allah akan ampunkan sesiapa yang tidak menyekutukan Allah kecuali orang yang saling membenci, orang yang ketagihan arak atau orang yang sentiasa melakukan zina sehingga Ubai berkata: Maka Rasulullah SAW keluar menuju ke al-Baqi’ kemudian bersujud dan meminta perlindungan.”
Ia merupakan hadith yang panjang. Asal bagi hadith ini tidak panjang yang mana ia diriwayatkan oleh al-Tirmizi.
Dalam sebahagian risalah, Ali Bin Ibrahim berkata: Dan di antara perkara yang sengaja diada-adakan pada malam pertengahan bulan Sya’ban adalah solat ratusan ribu rakaat yang dibaca di dalamnya Surah al-Ikhlas sebanyak sepuluh kali bagi setiap rakaat yang mana ia dilakukan secara berjemaah. Mereka sangat mementingkannya melebihi solat Jumaat dan Solat Sunat Hari Raya. Tiada satu pun hadith mahupun athar melainkan ia adalah daif atau palsu. Pengarang kitab al-Qut, pengarang al-Ihya’, Tafsir al-Tha’alabi dan lain-lain tidak lupa untuk menyebutkan bahawa ia seperti malam al-Qadr (Lailatul Qadr). Bagi orang awam, jenis solat banyak mendatangkan musibah yang besar sehingga ada yang menyalakan api dengan sebab datangnya malam tersebut. Kesan daripada itu banyaknya terjadi perkara kefasikan, pelakuan perkara yang haram yang tidak boleh digambarkan sehingga para awliya’ takut datangnya bala dan menyebabkan mereka lari daripada musibah tersebut menuju ke kawasan yang lain.
Peristiwa pertama terjadinya solat ini adalah di Baitul Maqdis pada tahun 448 H. Zaid Bin Aslam berkata: Kami tidak mengetahui guru-guru kami dan para fuqaha mengambil berat tentang malam al-Bara’ah (malam pertengahan bulan Sya’ban) dan tidak kami ketahui tentang kelebihannya berbanding hari-hari yang lain. Ibn Dihyah berkata: Hadith-hadith berkenaan solat al-Bara’ah adalah palsu dan Ia terputus sanad. Sesiapa yang beramal dengan satu hadith yang telah jelas kepalsuannya maka sebenarnya dia telah berkhidmat untuk syaitan.
Ali Bin Ibrahim berkata: Kami melihat ramai yang melakukan solat ini pada malam yang pendek sehingga mereka terlepas solat subuh dan mereka bangun dalam keadaan yang sangat malas. Beliau berkata lagi: Para imam masjid yang jahil menjadikan solat al-Bara’ah, solat al-Raghaib dan lain-lain sebagai satu peluang untuk mengumpulkan orang awam sambil meminta menjadi pemimpin dan ketua. Para penglipur lara pula memenuhkan majlis mereka dengan bercerita berkenaan perkara sedemikian. Kesemua itu sangat jauh dari kebenaran. Kemudiannya, Allah membangkitkan para imam untuk membidas amalan solat ini dan hilanglah amalan ini. Amalan tersebut hilang selama-lamanya di negeri Mesir dan Syam pada permulaan tahun 800 H.
Ibn al-‘Arabi telah menilai hadith Aisyah tentang solat pada malam pertengahan bulan Sya’ban sebagai hadith yang daif secara mutlak. Begitu juga dengan pembebasan hamba daripada neraka yang sama jumlahnya dengan syair yang didendangkan oleh Bani al-Kalb.
Hamba yang hina ini berkata: Hadith ‘Aisyah di mana beliau keluar menuju ke al-Baqi’ kemudian turunnya Allah pada malam pertengahan bulan Sya’ban ke langit dunia lantas Dia mengampunkan dosa lebih banyak daripada syair yang didendangkan oleh Bani al-Kalb adalah hadith yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi. Beliau berkata: Di dalam bab yang sama ada hadith daripada Abu Bakar al-Siddiq. Aku (al-Tirmizi) mendengar Muhammad (Imam al-Bukhari) menilai hadith ‘Aisyah sebagai hadith daif. al-Tirmizi berkata lagi: Di dalam sanad tersebut terdapat dua tempat di mana berlakunya pemutusan sanad. Aku katakan: Harus beramal dengan hadith daif. Boleh jadi mereka menolaknya kerana mereka membandingkannya dengan hadith munkar.
‘Ali berkata: Kawasan pertama yang menyalakan api pada malam al-Bara’ah adalah di Mekah. Mereka itu sebenarnya dahulu adalah penyembah api. Apabila mereka memeluk islam, mereka menjadikannya sebagai perkara biasa di dalam agama dan niat mereka adalah untuk menyembah api. Tidak ada di dalam syariat keharusan menyalakan api yang melebihi hajat pada satu tempat. Perbuatan menyalakan api yang dilakukan oleh jemaah haji di bukit Arafah dan kawasan Tanah Haram adalah termasuk di dalam jenis ini.
Ali berkata lagi: al-Turtusyi membidas perbuatan berkumpul pada malam terakhir solat Tarawih dan juga perbuatan meninggikan mimbar-mimbar. Beliau menjelaskan bahawa ia adalah bid’ah yang dibenci dan lebih teruk lagi apa yang berlaku hari ini di mana bercampurnya lelaki dan wanita di dalam majlis penglipur lara. Mereka saling rapat antara satu sama lain sehingga diceritakan ada lelaki yang memeluk wanita dari belakang dan melakukan perkara yang tidak elok kepada wanita tersebut. Para wanita dan yang lain pula ada yang melakukan perkara kefasikan, mencuri, mengotorkan tempat ibadah dan menghina rumah Allah. Kesemuanya adalah bid’ah yang sesat.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.