Sesungguhnya Jibril berkhutbah di langit dan mengahwinkan Fatimah dengan Ali kemudian Allah mengarahkan pokok-pokok di syurga lalu ia membawa perhiasan dan pakaian

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إن جبريل خطب في السماء فزوج فاطمة من علي، ثم أمر الله شجر الجنان فحملت من الحلي والحلل، ثم أمر بها فنثرته على الملائكة. فمن أخذ منهم يومئذ شيئا أكثر مما أخذ غيره افتخر به إلى يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesungguhnya Jibril berkhutbah di langit dan mengahwinkan Fatimah dengan Ali kemudian Allah mengarahkan pokok-pokok di syurga lalu ia membawa perhiasan dan pakaian. Kemudian diarahkan dan diagihkan kepada para malaikat. Maka sesiapa yang mengambil sesuatu yang lebih banyak daripada apa yang diambil oleh yang lainpada hari tersebut, maka dia akan berbangga dengannya sehingga hari kiamat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 391, hadis nombor 116. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وهو موضوع، والمتهم به رجلان وضاعان، في إسناده. وقال في الميزان: هذا الحديث كذب. قال ابن الجوزي: إنه موضوع.

Ia adalah palsu. Perawi yang dituduh berdusta adalah dua orang yang memalsukan hadith pada sanadnya. Dia berkata dalam al-Mizan: Hadith ini adalah dusta. Ibn al-Jauzi berkata: Sesungguhnya ia palsu.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs