Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Jibril berkhutbah di langit dan mengahwinkan Fatimah dengan Ali kemudian Allah mengarahkan pokok-pokok di syurga lalu ia membawa perhiasan dan pakaian

Teks Bahasa Arab

حديث: إِنَّ جِبْرِيلَ خَطَبَ فِي السَّمَاءِ فَزَوَّجَ فَاطِمَةَ مِنْ عَلِيٍّ، ثُمَّ أَمَرَ اللَّهُ شَجَرَ الْجِنَانِ فَحَمَلَتْ مِنَ الْحُلِيِّ وَالْحُلَلِ، ثُمَّ أَمَرَ بها فَنَثَرَتْهُ عَلَى الْمَلائِكَةِ. فَمَنْ أَخَذَ مِنْهُمْ يَوْمَئِذٍ شَيْئًا أَكْثَرَ مِمَّا أَخَذَ غَيْرُهُ افْتَخَرَ بِهِ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesungguhnya Jibril berkhutbah di langit dan mengahwinkan Fatimah dengan Ali kemudian Allah mengarahkan pokok-pokok di syurga lalu ia membawa perhiasan dan pakaian. Kemudian diarahkan dan diagihkan kepada para malaikat. Maka sesiapa yang mengambil sesuatu yang lebih banyak daripada apa yang diambil oleh yang lainpada hari tersebut, maka dia akan berbangga dengannya sehingga hari kiamat.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 391, hadis no. 116. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وهو موضوع، والمتهم به رجلان وضاعان، في إسناده. وقال في الميزان: هذا الحديث كذب. قال ابن الجوزي: إنه موضوع.

Ia adalah palsu. Perawi yang dituduh berdusta adalah dua orang yang memalsukan hadith pada sanadnya. Dia berkata dalam al-Mizan: Hadith ini adalah dusta. Ibn al-Jauzi berkata: Sesungguhnya ia palsu.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.