TEKS BAHASA ARAB
إن جبريل عليه السلام وعدني أن يأتيني، ولم يأتني منذ ثلاث. قال: فإذا كلب، قال أسامة: فوضعت يدي على رأسي فصحت! فقال: ما لك يا أسامة؟! فقلت: كلب! فأمر به النبي صلى الله عليه وسلم فقتل، ثم أتاة جبريل فقال: ما لك لم تأتني، وكنت إذا وعدتني؛ لم تخلفني؟! فقال: إنا لا ندخل بيتا فيه كلب ولا تصاوير.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Aku masuk berjumpa Nabi SAW dan baginda dalam keadaan bersedih. Lalu aku berkata: Ada apa denganmu wahai Rasulullah SAW? Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Jibril AS telah berjanji untuk datang berjumpa denganku, namun dia sudah 3 hari tidak datang.” Dia berkata: Tiba-tiba ada anjing. Usamah RA berkata: Lalu aku meletakkan tangan ke atas kepalaku dan aku menjerit! Lalu baginda bersabda: “Ada apa denganmu wahai Usamah!? Lalu aku berkata: Anjing! Lalu Nabi SAW mengarahkan untuk membunuhnya, kemudian datang Jibril AS dan baginda berkata: “Mengapa engkau tidak mendatangiku, engkau sudah berjanji denganku, mengapa engkau tidak menepati janji?! Lalu Jibril menjawab: Aku tidak akan masuk rumah yang mempunyai anjing mahupun gambar.”
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 821 – 822, hadis nombor 4226. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا بهذا السياق، دون قول جبريل) عن أسامة –رضي الله عنه- قال: دخلت على النبي صلى الله عليه وسلم وعليه الكآبة، فقلت: ما لك يا رسول الله! فقال: ((إن جبريل عليه السلام وعدني أن يأتيني، ولم يأتني منذ ثلاث)). قال: فإذا كلب، قال أسامة: فوضعت يدي على رأسي فصحت! فقال: ((ما لك يا أسامة؟!)) فقلت: كلب! فأمر به النبي صلى الله عليه وسلم فقتل، ثم أتاة جبريل فقال: ((ما لك لم تأتني، وكنت إذا وعدتني؛ لم تخلفني؟! فقال: إنا لا ندخل بيتا فيه كلب ولا تصاوير)).
[طب، ((الضعيفة)) (6778)]
(Sangat Lemah dengan lafaz ini kecuali kata-kata Jibril) Daripada Usamah berkata: Aku masuk berjumpa Nabi SAW dan baginda dalam keadaan bersedih. Lalu aku berkata: Ada apa denganmu wahai Rasulullah SAW? Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Jibril AS telah berjanji untuk datang berjumpa denganku, namun dia sudah 3 hari tidak datang.” Dia berkata: Tiba-tiba ada anjing. Usamah RA berkata: Lalu aku meletakkan tangan ke atas kepalaku dan aku menjerit! Lalu baginda bersabda: “Ada apa denganmu wahai Usamah!? Lalu aku berkata: Anjing! Lalu Nabi SAW mengarahkan untuk membunuhnya, kemudian datang Jibril AS dan baginda berkata: “Mengapa engkau tidak mendatangiku, engkau sudah berjanji denganku, mengapa engkau tidak menepati janji?! Lalu Jibril menjawab: Aku tidak akan masuk rumah yang mempunyai anjing mahupun gambar.”
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6778]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.