Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ جبريلَ عليهِ السلامُ وَعَدَنِي أن يأتيَني ولم يأتِني منذ ثلاثٍ. قال: فإذا كلبٌ، قال أسامةُ: فوضعتُ يدي على رأسي فَصِحْتُ فقال: ما لكَ يا أسامةُ ؟ فقلتُ: كلبٌ. فأمرَ بهِ النبيُّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ فقُتِلَ ثم أتاهُ جبريلَ فقالَ: ما لكَ لم تأتني وكنتَ إذا وَعَدْتَنِي لم تَخْلُفْنِي؟ فقال: إنَّا لا ندخلُ بيتًا فيه كلبٌ ولا تصاويرُ.
Teks Bahasa Melayu
Aku masuk berjumpa Nabi SAW dan baginda dalam keadaan bersedih. Lalu aku berkata: Ada apa denganmu wahai Rasulullah SAW? Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Jibril AS telah berjanji untuk datang berjumpa denganku, namun dia sudah 3 hari tidak datang.” Dia berkata: Tiba-tiba ada anjing. Usamah RA berkata: Lalu aku meletakkan tangan ke atas kepalaku dan aku menjerit! Lalu baginda bersabda: “Ada apa denganmu wahai Usamah!? Lalu aku berkata: Anjing! Lalu Nabi SAW mengarahkan untuk membunuhnya, kemudian datang Jibril AS dan baginda berkata: “Mengapa engkau tidak mendatangiku, engkau sudah berjanji denganku, mengapa engkau tidak menepati janji?! Lalu Jibril menjawab: Aku tidak akan masuk rumah yang mempunyai anjing mahupun gambar.”
Sahabat Perawi
- Usamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 821 - 822, hadis no. 4226. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat Lemah dengan lafaz ini kecuali kata-kata Jibril) Daripada Usamah berkata: Aku masuk berjumpa Nabi SAW dan baginda dalam keadaan bersedih. Lalu aku berkata: Ada apa denganmu wahai Rasulullah SAW? Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Jibril AS telah berjanji untuk datang berjumpa denganku, namun dia sudah 3 hari tidak datang.” Dia berkata: Tiba-tiba ada anjing. Usamah RA berkata: Lalu aku meletakkan tangan ke atas kepalaku dan aku menjerit! Lalu baginda bersabda: “Ada apa denganmu wahai Usamah!? Lalu aku berkata: Anjing! Lalu Nabi SAW mengarahkan untuk membunuhnya, kemudian datang Jibril AS dan baginda berkata: “Mengapa engkau tidak mendatangiku, engkau sudah berjanji denganku, mengapa engkau tidak menepati janji?! Lalu Jibril menjawab: Aku tidak akan masuk rumah yang mempunyai anjing mahupun gambar.” [Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6778]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman