Sesungguhnya Jibril AS telah berjanji denganku untuk datang kepadaku tetapi dia tidak datang sejak tiga hari lalu

TEKS BAHASA ARAB

إن جبريل عليه السلام وعدني أن يأتيني، ولم يأتني منذ ثلاث. قال: فإذا كلب، قال أسامة: فوضعت يدي على رأسي فصحت! فقال: ما لك يا أسامة؟! فقلت: كلب! فأمر به النبي صلى الله عليه وسلم فقتل، ثم أتاة جبريل فقال: ما لك لم تأتني، وكنت إذا وعدتني؛ لم تخلفني؟! فقال: إنا لا ندخل بيتا فيه كلب ولا تصاوير.

TEKS BAHASA MALAYSIA

((Sesungguhnya Jibril AS telah berjanji denganku untuk datang kepadaku tetapi dia tidak datang sejak tiga hari)). Usamah berkata : Tiba-tiba muncul anjing. dan berkata lagi : Maka aku meletakkan tanganku di atas kepalaku maka tersenyum! Baginda berkata: ((Kenapa dengan kamu Usamah?)) Aku menjawab: "Anjing!" Lalu Nabi SAW memerintahkan aku untuk menguruskannya maka ia dibunuh (atas sebab-sebab khusus). Kemudian barulah Jibril datang kepada Baginda lalu Baginda berkata: ((Kenapa kamu tidak datang kepadaku sedangkan kamu apabila berjanji denganku nescaya kamu tidak akan memungkirinya. Jawab Jibril: Sesungguhnya kami tidak memasuki rumah yang di dalamnya terdapat anjing dan gambar-gambar)).

STATUS

Sangat lemah melalui riwayat ini, tanpa ucapan Jibril

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1649, hadis nombor 8332. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا بهذا السياق دون قول جبريل) عن أسامة، قال: دخلت على النبي صلى الله عليه وسلم وعليه الكآبة، فقلت: "ما لك يا رسول الله!" فقال: ((إن جبريل عليه السلام وعدني أن يأتيني، ولم يأتني منذ ثلاث)). قال: فإذا كلبٌ، قال أسامة: فوضعتُ يدي على رأسي فصحتُ! فقال: ((ما لك يا أسامة؟!)) فقلتُ: "كلبٌ!" فأمر به النبي صلى الله عليه وسلم فقتل، ثم أتاة جبريل فقال: ((ما لك لم تأتني، وكنت إذا وعدتني؛ لم تخلفني؟! فقال: "إنا لا ندخل بيتاً فيه كلب ولا تصاوير)). [طب، ((الضعيفة)) (6778)].

(Sangat Lemah dengan riwayat ini tanpa ucapan Jibril)
Daripada Usamah, katanya : “Aku bertemu dengan Nabi SAW dan Baginda dalam keadaan bersedih. Aku berkata: "Kenapa dengan kamu wahai Rasulullah?" Baginda berkata: ((Sesungguhnya Jibril AS telah berjanji denganku untuk datang kepadaku tetapi dia tidak datang sejak tiga hari)). Usamah berkata: Tiba-tiba muncul anjing. Usamah menceritakan lagi: Aku meletakkan tangan ke dahiku dan aku berteriak. Baginda SAW bertanya: ((Kenapa dengan kamu Usamah?)) Aku menjawab: "Anjing!" Lalu Nabi SAW memerintahkan aku dengannya maka ia dibunuh. Kemudian Jibril datang kepada Baginda lalu Baginda berkata: Kenapa kamu tidak datang kepadaku sedangkan kamu apabila berjanji denganku nescaya kamu tidak akan memungkirinya. Jawab Jibril: Sesungguhnya kami tidak memasuki rumah yang padannya terdapat anjing dan gambar-gambar.”
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6778].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs