TEKS BAHASA ARAB
إِنَّ جِبْرِيلَ عَلَيْهِ السَّلَامُ أَتَانِي فَقَالَ: إِنَّ عِفْرِيتًا مِنَ الْجِنِّ يَكِيدُكَ فَإِذَا أَوَيْتَ إِلَى فِرَاشِكَ فَقُلْ: {اللهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ} حتى تختتم الآية.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya Jibril AS datang menemuiku dan berkata : Ifrit dari kalangan Jin ingin sentiasa memperdayakan kamu. Justeru, apabila kamu mahu baring di tempat tidur, bacalah {Allah itulah yang tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup lagi Maha Bersendiri} ayat al-Kursi sehingga habis ayat.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1107, hadis nombor 5609. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن الحسن أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إن جبريل عليه السلام أتاني فقال: إِنَّ عِفْرِيتًا مِنَ الْجِنِّ يَكِيدُكَ فَإِذَا أَوَيْتَ إِلَى فِرَاشِكَ فَقُلْ: {اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ} حتى تختتم الآية. [الدينوري، الضعيفة (6965)].
(Lemah) Daripada al-Hasan, bahawa Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya Jibril AS datang menemuiku dan berkata : Ifrit dari kalangan Jin ingin sentiasa memperdayakan kamu. Justeru, apabila kamu mahu baring di tempat tidur, bacalah {Allah itulah yang tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup lagi Maha Bersendiri} ayat al-Kursi sehingga habis ayat. [Riwayat al-Dinawari dalam al-Mujalasah. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6965]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.