Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن جبريل عليه السلام أتاني فقال: إِنَّ عِفْرِيتًا مِنَ الْجِنِّ يَكِيدُكَ فَإِذَا أَوَيْتَ إِلَى فِرَاشِكَ؛ فَقُلْ: {اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ} حتى تختتم الآية
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Jibril AS datang menemuiku dan berkata : Ifrit dari kalangan Jin ingin sentiasa memperdayakan kamu. Justeru, apabila kamu mahu baring di tempat tidur, bacalah {Allah itulah yang tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup lagi Maha Bersendiri} ayat al-Kursi sehingga habis ayat.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1107, hadis no. 5609. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن الحسن أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إن جبريل عليه السلام أتاني فقال: إِنَّ عِفْرِيتًا مِنَ الْجِنِّ يَكِيدُكَ فَإِذَا أَوَيْتَ إِلَى فِرَاشِكَ فَقُلْ: {اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ} حتى تختتم الآية. [الدينوري، الضعيفة (6965)].
(Lemah) Daripada al-Hasan, bahawa Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya Jibril AS datang menemuiku dan berkata : Ifrit dari kalangan Jin ingin sentiasa memperdayakan kamu. Justeru, apabila kamu mahu baring di tempat tidur, bacalah {Allah itulah yang tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup lagi Maha Bersendiri} ayat al-Kursi sehingga habis ayat. [Riwayat al-Dinawari dalam al-Mujalasah. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6965]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman