Sesungguhnya Jibril AS datang kepada Rasulullah SAW

TEKS BAHASA ARAB

إن جبريل أتی رسول الله -صلى الله عليه وسلم – حين قبض سعد بن معاذ من جرح أصابه يوم الخندق -من جوف الليل معتجرا بعمامة من إستبرق، فقال: يا محمد! من هذا الميت الذي فتحت له أبواب السماء واهتز له العرش؟ قال: فقام رسول الله -صلى الله عليه وسلم – سريعا يجر ثوبه إلى سعد، فوجده قد مات.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang aku kehendaki daripada lelaki dari kaumku telah menyampaikan kepadaku: “Sesungguhnya Jibril AS datang kepada Rasulullah SAW -semasa Saad bin Muaz wafat disebabkan luka yang menimpanya semasa perang Khandaq- pada akhir sepertiga malam dengan memakai serban dari jenis sutera. Lalu dia bertanya: “Wahai Muhammad! Siapakah si mati yang telah dibukakan pintu-pintu langit kepadanya dan menyebabkan Arasy bergegar? Perawi menyebut: Maka Rasulullah SAW segera berdiri dan mengenakan pakaiannya lalu pergi kepada Saad. Baginda mendapati dia telah pun mati.”

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1890, hadis nombor 9514. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن معاذ بن رفاعة الزرقي، قال: حدثني من شئت من رجال قومي: ((إن جبريل أتی رسول الله -صلى الله عليه وسلم – حين قبض سعد بن معاذ من جرح أصابه يوم الخندق – من جوف الليل معتجرا بعمامة من إستبرق، فقال: يا محمد! من هذا الميت الذي فتحت له أبواب السماء واهتز له العرش؟ قال: فقام رسول الله – صلى الله عليه وسلم – سريعا يجر ثوبه إلى سعد، فوجده قد مات)). [ابن اسحاق، ((الضعيفة))، (5438)].

(Lemah) Daripada Muaz bin Rifa’ah Al-Zuraqi, dia berkata: Sesiapa yang aku kehendaki daripada lelaki dari kaumku telah menyampaikan kepadaku: “Sesungguhnya Jibril AS datang kepada Rasulullah SAW -semasa Saad bin Muaz wafat disebabkan luka yang menimpanya semasa perang Khandaq- pada akhir sepertiga malam dengan memakai serban dari jenis sutera. Lalu dia bertanya: “Wahai Muhammad! Siapakah si mati yang telah dibukakan pintu-pintu langit kepadanya dan menyebabkan Arasy bergegar? Perawi menyebut: Maka Rasulullah SAW segera berdiri dan mengenakan pakaiannya lalu pergi kepada Saad. Baginda mendapati dia telah pun mati.” [Riwayat Ibnu Ishaq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5438].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.