Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ جِبْرِيلَ أَتَى رَسُولَ اللهِ - صَلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ - - حِينَ قُبِضَ سَعْدُ بنُ مُعَاذٍ مِنْ جُرْحٍ أَصَابَهُ يَوْمَ الخَنْدَقِ - مِنْ جَوْفِ اللَّيلِ مُعْتَجِرًا بِعِمَامَةٍ مِنْ إِسْتَبْرَقٍ، فَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ! مَنْ هَذَا المَيِّتُ الَّذِي فُتِحَتْ لَهُ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَاهْتزَّ لَهُ العَرْشُ؟ قَالَ: فَقَامَ رَسُولُ اللهِ - صَلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ - سَرِيعًا يَجُرُّ ثَوبَهُ إِلَى سَعْدٍ، فَوَجَدَهُ قَدْ مَاتَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Jibril AS datang kepada Rasulullah SAW -semasa Saad bin Muaz wafat disebabkan luka yang menimpanya semasa perang Khandaq- pada akhir sepertiga malam dengan memakai serban dari jenis sutera. Lalu dia bertanya: "Wahai Muhammad! Siapakah si mati yang telah dibukakan pintu-pintu langit kepadanya dan menyebabkan Arasy bergegar? Perawi menyebut: Maka Rasulullah SAW segera berdiri dan mengenakan pakaiannya lalu pergi kepada Saad. Baginda mendapati dia telah pun mati.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1890, hadis no. 9514. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن معاذ بن رفاعة الزرقي، قال: حدثني من شئت من رجال قومي: ((إن جبريل أتی رسول الله -صلى الله عليه وسلم - حين قبض سعد بن معاذ من جرح أصابه يوم الخندق - من جوف الليل معتجرا بعمامة من إستبرق، فقال: يا محمد! من هذا الميت الذي فتحت له أبواب السماء واهتز له العرش؟ قال: فقام رسول الله - صلى الله عليه وسلم - سريعا يجر ثوبه إلى سعد، فوجده قد مات)). [ابن اسحاق، ((الضعيفة))، (5438)].
(Lemah) Daripada Muaz bin Rafaah Al-Zarqi, dia berkata: Katakan padaku siapa yang engkau kehendaki daripada lelaki dari kaumku: "Sesungguhnya Jibril AS datang kepada Rasulullah SAW -semasa Saad bin Muaz wafat disebabkan luka yang menimpanya semasa perang Khandaq- pada akhir sepertiga malam dengan memakai serban dari jenis sutera. Lalu dia bertanya: "Wahai Muhammad! Siapakah si mati yang telah dibukakan pintu-pintu langit kepadanya dan menyebabkan Arasy bergegar? Perawi menyebut: Maka Rasulullah SAW segera berdiri dan mengenakan pakaiannya lalu pergi kepada Saad. Baginda mendapati dia telah pun mati." [Riwayat Ibnu Ishak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5438].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman