Sesungguhnya jantung hati anak Adam itu adalah seperti burung yang kecil

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن قلب ابن آدم مثل العصفور، يتقلب في اليوم سبع مرات.

TEKS BAHASA MALAYSIA

[Sesungguhnya] jantung hati anak Adam itu adalah seperti burung yang kecil. Dia akan berbolak balik dalam sehari sebanyak tujuh kali.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2011, hadis nombor 10093. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي عبيدة بن الجراح – رضي الله عنه – مرفوعا: [إن] قلب ابن آدم مثل العصفور، يتقلب في اليوم سبع مرات.
[ابن أبي الدنيا في ((الإخلاص))، ك، ((الضعيفة)) (3186، 4064)]

(Lemah)
Daripada Abu Ubaidah bin al-Jarrah RA secara marfu’ – dinisbahkan kepada Nabi SAW: Sesungguhnya jantung hati anak Adam itu adalah seperti burung yang kecil. Dia akan berbolak balik dalam sehari sebanyak tujuh kali.
[Riwayat Ibn Abid Dunia dalam al-Ikhlas dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3186 dan 4064]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.