Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ قلبَ ابنِ آدمَ مِثْلُ العُصفورِ، يَتَقَلَّبُ في اليومِ سبعَ مَرَّاتٍ.
Teks Bahasa Melayu
[Sesungguhnya] jantung hati anak Adam itu adalah seperti burung yang kecil. Dia akan berbolak balik dalam sehari sebanyak tujuh kali.
Sahabat Perawi
- Abu Ubaidah bin Al-Jarrah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2011, hadis no. 10093. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي عبيدة بن الجراح – رضي الله عنه – مرفوعا: [إن] قلب ابن آدم مثل العصفور، يتقلب في اليوم سبع مرات. [ابن أبي الدنيا في ((الإخلاص))، ك، ((الضعيفة)) (3186، 4064)]
(Lemah) Daripada Abu Ubaidah bin al-Jarrah RA secara marfu’ – dinisbahkan kepada Nabi SAW: Sesungguhnya jantung hati anak Adam itu adalah seperti burung yang kecil. Dia akan berbolak balik dalam sehari sebanyak tujuh kali. [Riwayat Ibn Abid Dunia dalam al-Ikhlas dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3186 dan 4064]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman