TEKS BAHASA ARAB
إن الإسلام نظيف فتنظفوا، فإنه لا يدخل الجنة إلا نظيف.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya Islam itu bersih, dan hendaklah kamu semua membersihkan diri. Kerana tidak akan masuk ke dalam syurga melainkan seorang yang pembersih.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 201, hadis nombor 1049. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عائشة – رضي الله عنها – مرفوعا: ((إن الإسلام نظيف فتنظفوا، فإنه لا يدخل الجنة إلا نظيف)). [ابن حبان في ((المجروحين))، خط، ((الضعيفة)) (2982)]
(Palsu)
Daripada ‘Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Islam itu bersih, dan hendaklah kamu semua membersihkan diri. Kerana tidak akan masuk ke dalam syurga melainkan seorang yang pembersih.
[Riwayat Ibn Hibban dalam al-Majruhin dan al-Khatib dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2982]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.