Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن الإسلامَ بدأ جَذَعًا، ثم ثَنِيًّا، ثم رَبَاعِيًّا، ثم سَدِيسًا، ثم بازِلًا.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Islam itu bermula sebagai jaza' (unta yang berusia cukup empat tahun), kemudian sebagai thani (unta yang berusia cukup lima tahun), kemudian sebagai raba'i (unta yang berusia cukup lima tahun), kemudian sebagai sadis (unta yang berusia cukup tujuh tahun), kemudian sebagai bazil (unta yang berusia cukup lapan tahun).
Sahabat Perawi
- ‘Alqamah bin Abdullah al-Muzani RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 459, hadis no. 2461.
(ضعيف) عن علقمة بن عبد الله المزني -رضي الله عنه-، قال: حدثني فلان أنه شهد عمر بن الخطاب -رضي الله عنه- يقول لرجل من جلسائه: يا فلان، كيف سمعت رسول الله ﷺ ينعت الإسلام؟ فقال: سمعته يقول: «إن الإسلام بدأ جذعا، ثم ثنيا، ثم رباعيا، ثم سديسا، ثم بازلا». [حم، ع، ابن نصر في «الصلاة»، «الضعيفة» (2064)].
(Lemah) Daripada ‘Alqamah bin Abdullah al-Muzani RA, beliau berkata: Polan menceritakan kepadaku bahawa beliau menyaksikan Umar bin al-Khattab RA berkata kepada seorang lelaki dalam kalangan temannya: "Wahai si polan, bagaimanakah kamu mendengar Rasulullah ﷺ menyifatkan Islam?", lalu beliau menjawab: Aku mendengar baginda bersabda: “Sesungguhnya Islam itu bermula sebagai jaza' (unta yang berusia cukup empat tahun), kemudian sebagai thani (unta yang berusia cukup lima tahun), kemudian sebagai raba'i (unta yang berusia cukup lima tahun), kemudian sebagai sadis (unta yang berusia cukup tujuh tahun), kemudian sebagai bazil (unta yang berusia cukup lapan tahun).” [Riwayat Ahmad dalam Musnadnya, Abu Ya’la dan Ibn Nasr dalam al-Salah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2064].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman