TEKS BAHASA ARAB
إن الإسلام يشيع، ثم تكون له فترة، فمن كانت فترته إلى غلو وبدعة، فأولئك أهل النار.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya Islam itu akan tersebar, kemudian akan ada satu waktu jeda baginya. Sesiapa waktu jedanya itu (dia berpaling) kepada (amalan) melampau dan bidaah, maka mereka itulah ahli neraka.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 367, hadis nombor 1959. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عائشة – رضي الله عنها – قالت: دخل رسول الله ﷺ المسجد فإذا أصوات كدوي النحل قراءة القرآن فقال: «إن الإسلام يشيع، ثم تكون له فترة، فمن كانت فترته إلى غلو وبدعة، فأولئك أهل النار». [طب، «الضعيفة» (7068)].
(Palsu) Daripada ‘Aishah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ pernah masuk ke dalam masjid dan baginda mendengar suara seperti deruan lebah (daripada) bacaan al-Quran. Lalu baginda bersabda: "Sesungguhnya Islam itu akan tersebar, kemudian akan ada satu waktu jeda baginya. Sesiapa waktu jedanya itu (dia berpaling) kepada (amalan) melampau dan bidaah, maka mereka itulah ahli neraka". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dai’fah, no. 7068].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.