Sesungguhnya Isa bin Maryam pernah berkata: Janganlah kamu memperbanyakkan ucapan

TEKS BAHASA ARAB

إن عيسى بن مريم كان يقول: لا تكثروا الكلام بغير ذكر الله فتقسوا قلوبكم، فإن القلب القاسي بعيد من الله، ولكن لا تعلمون، ولا تنظروا في ذنوب الناس كأنكم أرباب، وانظروا في ذنوبكم كأنكم عبيد، فإنما الناس مبتلى ومعافى، فارحموا أهل البلاء، واحمدوا الله على العافية.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Isa bin Maryam pernah berkata: Janganlah kamu memperbanyakkan ucapan selain daripada berzikir kepada Allah kerana ia akan mengeraskan hati kalian. Sesungguhnya hati yang keras akan jauh daripada Allah sedangkan kamu tidak mengetahui. Dan janganlah kamu melihat dosa-dosa manusia seolah-olah kamu tuhan, lihatlah dosa kamu seolah-olah kamu merupakan seorang hamba suruhan. Sesungguhnya manusia itu diuji dan diampuni, maka rahmatilah golongan yang ditimpa bala’ dan pujilah Allah atas ‘afiyah yang kamu perolehi.

STATUS

Tiada Asal Secara Marfu’

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 173, hadis nombor 871. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(لا أصل له مرفوعا)
إن عيسى بن مريم كان يقول: لا تكثروا الكلام بغير ذكر الله فتقسوا قلوبكم، فإن القلب القاسي بعيد من الله، ولكن لا تعلمون، ولا تنظروا في ذنوب الناس كأنكم أرباب، وانظروا في ذنوبكم كأنكم عبيد، فإنما الناس مبتلى ومعافى، فارحموا أهل البلاء، واحمدوا الله على العافية.
[أورده مالك في ((الموطأ)) بلاغا، ((الضعيفة)) (908)]

(Tiada Asal Secara Marfu’)
Sesungguhnya Isa bin Maryam pernah berkata: Janganlah kamu memperbanyakkan ucapan selain dari berzikir kepada Allah kerana ia akan mengeraskan hati kalian. Sesungguhnya hati yang keras akan jauh daripada Allah sedangkan kamu tidak mengetahui. Dan janganlah kamu melihat dosa-dosa manusia seolah-olah kamu tuhan, lihatlah dosa kamu seolah-olah kamu merupakan seorang hamba suruhan. Sesungguhnya manusia itu diuji dan diampuni, maka rahmatilah golongan yang ditimpa bala’ dan pujilah Allah atas ‘afiyah yang kamu perolehi.
[Riwayat Malik dalam al-Muwatta’ secara balaghah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 908]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs