Sesungguhnya Isa Bin Maryam AS berkata: Sesungguhnya terdapat tiga jenis perkara

TEKS BAHASA ARAB

عن ابن عباس عن النبي – صلى الله عليه وسلم -: "أن عيسى ابن مريم عليه السلام قال: (إنما الأمور ثلاثة: أمر تبين لك رشده؛ فاتبعه، وأمر تبين لك غيه؛ فاجتنبه، وأمر اختلف فيه؛ فرده إلى عالمه)


TEKS BAHASA MALAYSIA

Daripada Ibn Abbas R.anhuma, daripada Nabi SAW: “Sesungguhnya Isa Bin Maryam AS berkata: Sesungguhnya terdapat tiga jenis perkara: Sesuatu perkara yang akan terserlah kebenarannya, maka ikutlah. Perkara yang akan terserlah kesesatannya, maka jauhilah dan perkara yang terdapat khilaf padanya, maka kembalilah dan rujuklah kepada orang yang alim tentang perkara tersebut."


STATUS

Sangat lemah


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1694, hadis nombor 8538. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abdullah bin Abbas RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir dan Ibn Abd al-Bar dalam al-Jami’.

Ia dinilai sangat lemah oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs