Sesungguhnya inilah hari-hari untuk makan dan minum serta berzikir kepada Allah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إِن هذه أيام أكل وشرب وذكر الله، فلا تصوموا فيهن إلا صوما في هدي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya inilah hari-hari untuk makan dan minum serta berzikir kepada Allah, maka janganlah kamu berpuasa padanya kecuali puasa pada bayaran dam (ganti sembelihan).

STATUS

Munkar dengan lafaz pengecualian

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 754, hadis nombor 3858. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بذكر الاستثناء) عن عبد الله بن حذافة السهمي -رضي الله عنه-، قال: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم ‌أمره ‌في ‌رهط أن يطوفوا في منى في حجة الوداع يوم النحر فينادوا: ((إِن هذه أيام أكل وشرب وذكر الله، فلا تصوموا فيهن إلا صوما في هدي)).
[قط، ((الضعيفة)) (5664)]

(Munkar dengan lafaz pengecualian) Daripada Abdullah bin Hudzafah al-Sahmi RA berkata: Bahawa Rasulullah SAW menyuruhnya memberikan arahan kepada sekelompok manusia untuk bertawaf di Mina pada Hajjah al-Wada’ pada hari raya dan menyeru: “Sesungguhnya inilah hari-hari untuk makan dan minum serta berzikir kepada Allah, maka janganlah kamu berpuasa padanya kecuali puasa pada bayaran dam (ganti sembelihan).”
[Riwayat Sunan al-Daraqutni. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5664]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.