Sesungguhnya ini adalah sifat melebihkan diri sendiri

TEKS BAHASA ARAB

هذه أثرة ولا أحب الأثرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya ini adalah sifat melebihkan diri sendiri dan aku tidak menyukai sifat melebihkan diri sendiri.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1157, hadis nombor 5852. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عامر بن ربيعة رضي الله عنه قال: كنتُ مع النبي صلى الله عليه وسلم في الطواف فانقطعتُ شسعه فقلتُ: ناولني أصلحه قال: هذه أثرة ولا أحب الأثرة. [الطيالسي، هب، الضعيفة (5757)]

(Lemah) Daripada Amir bin Rabi’ah RA, telah berkata: Sesungguhnya aku tawaf bersama Nabi SAW, lalu tali sepatu nabi terputus, lalu aku berkata: Biarkan aku membaikinya. Kemudian Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya ini adalah sifat melebihkan diri sendiri dan aku tidak menyukai sifat melebihkan diri sendiri. [Riwayat al-Tayalisi dan al-Bayhaqi dalam Syu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5757]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs