Sesungguhnya ini adalah burung pertama yang berpuasa pada hari Asyura

TEKS BAHASA ARAB

إن هذا أول طائر صام يوم عاشوراء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya ini adalah burung pertama yang berpuasa pada hari Asyura.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 264, hadis nombor 469. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وفي حياة الحيوان أيضا: قال القرطبي: يقال للصرد: الصوام، وروينا في معجم عبد الباقي ابن قانع عن أبي غليظ بن أمية بن خلف الجمحي: قال رآني رسول الله صلى الله عليه وسلم، وعلى يدي صرد، فقال: إن هذا أول طائر صام يوم عاشوراء. والحديث مثل اسمه غليظ. وقال الحاكم: وهو من الأحاديث التي وضعتها قتلة الحسين، وهو حديث باطل، ورواته مجهولون، والله أعلم.

Dan dalam kitab Hayat al-Hayawan juga: Al-Qurtubi berkata: Dikatakan kepada burung sewah sebagai burung al-Sawwam. Dan kami meriwayatkan dalam Mu’jam ‘Abd al-Baqi bin Qani’ dari Abi Ghalidh bin Umayyah bin Khalaf al-Jumahi, dia berkata: Rasulullah SAW telah melihatku dan atas kedua tanganku ada burung sewah, lalu baginda bersabda: Sesungguhnya ini adalah burung pertama yang berpuasa pada hari Asyura. Dan hadis seperti namanya “Ghalidh (kasar)”. Dan al-Hakim berkata: ia adalah daripada hadis-hadis yang direka oleh pembunuh al-Husain dan ia adalah hadis yang batil dan perawi-perawinya tidak dikenali. Dan Allah Maha Mengetahui.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs