Sesungguhnya ini adalah al-Mahdi, maka ikutilah dia

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يخرج المهدي وعلى رأسه ملك ينادي: إن هذا المهدي فاتبعوه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Al-Mahdi akan keluar dan di atas kepalanya ada malaikat yang menyeru: Sesungguhnya ini adalah al-Mahdi, maka ikutilah dia.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1392, hadis nombor 7066. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: يخرج المهدي وعلى رأسه ملك ينادي: إن هذا المهدي فاتبعوه.
[الطبراني في ((مسند الشاميين))، الخطيب في ((تلخيص المتشابه))، عد، ((الضعيفة)) (6686)]

(Palsu)
Daripada ‘Abdillah bin ‘Amr RA, katanya: Baginda SAW bersabda: Al-Mahdi akan keluar dan di atas kepalanya ada malaikat yang menyeru: Sesungguhnya ini adalah al-Mahdi, maka ikutilah dia.
[Riwayat al-Tabarani dalam Musnad al-Syamiyyin, al-Khatib dalam Talkhis al-Mutashabih dan Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6686]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.