Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يخرجُ المهديُّ وعلى رأسِهِ مَلَكٌ يُنادي: إنَّ هذا المهديَّ فاتبِعوهُ.
Teks Bahasa Melayu
Al-Mahdi akan keluar dan di atas kepalanya ada malaikat yang menyeru: Sesungguhnya ini adalah al-Mahdi, maka ikutilah dia.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1392, hadis no. 7066. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: يخرج المهدي وعلى رأسه ملك ينادي: إن هذا المهدي فاتبعوه. [الطبراني في ((مسند الشاميين))، الخطيب في ((تلخيص المتشابه))، عد، ((الضعيفة)) (6686)]
(Palsu) Daripada 'Abdillah bin 'Amr RA, katanya: Baginda SAW bersabda: Al-Mahdi akan keluar dan di atas kepalanya ada malaikat yang menyeru: Sesungguhnya ini adalah al-Mahdi, maka ikutilah dia. [Riwayat al-Tabarani dalam Musnad al-Syamiyyin, al-Khatib dalam Talkhis al-Mutashabih dan Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6686]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman