Sesungguhnya iman yang paling baik ialah kamu mengetahui bahawa Allah azza wa jalla bersama kamu

TEKS BAHASA ARAB

إن أفضل الإيمان أن تعلم أن الله عز وجل معك حيث كنت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya iman yang paling baik ialah kamu mengetahui bahawa Allah azza wa jalla bersama kamu di mana sahaja kamu berada.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2008, hadis nombor 10076. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبادة بن الصامت – رضي الله عنه – قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن أفضل الإيمان أن تعلم أن الله عز وجل معك حيث كنت.
[الطبراني في ((ما انتقاه ابن مردويه عليه))، حل، ((الضعيفة)) (2589)]

(Lemah)
Daripada Ubadah bin al-Samit RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya iman yang paling baik ialah kamu mengetahui bahawa Allah azza wa jalla bersama kamu di mana sahaja kamu berada.
[Riwayat al-Tabrani dalam Apa yang dipilih oleh Ibn Mardawaih ke atasnya dan kitab al-Hilyah oleh Abu Nu’aim. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2589]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs