Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya iman itu merupakan satu baju yang Allah pakaikan pada sesiapa yang Dia kehendaki

Teks Bahasa Arab

إن الإيمانَ سِرْبالٌ يُسَرْبِلُهُ اللهُ مَن يشاءُ، فإذا زَنَى العبدُ نُزِعَ منه سِرْبالُ الإيمانِ، فإذا تاب رُدَّ عليه.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya iman itu merupakan satu baju yang Allah pakaikan pada sesiapa yang Dia kehendaki. Maka apabila seseorang hamba itu berzina, pakaian iman dilucutkan daripadanya. Apabila dia kembali bertaubat, ia dikembalikan kepadanya.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 456, hadis no. 2444.

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «إن الإيمان سربال يسربله الله من يشاء، فإذا زنى العبد نزع منه سربال الإيمان، فإذا تاب رد عليه». [ابن الجوزي في «ذم الهوى»، «الضعيفة» (1584)].

(Sangat Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesungguhnya iman itu merupakan satu baju yang Allah pakaikan pada sesiapa yang Dia kehendaki. Maka apabila seseorang hamba itu berzina, pakaian iman dilucutkan daripadanya. Apabila dia kembali bertaubat, ia dikembalikan kepadanya.” [Riwayat Ibn al-Jawzi dalam Dzamm al-Hawa. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1584].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.