Sesungguhnya iman ialah pakaian yang akan dipakaikan oleh Allah kepada sesiapa yang mahu

TEKS BAHASA ARAB

إن الإيمان سربال ‌يسربله الله من يشاء، فإذا زنى العبد نزع منه سربال الإيمان، فإذا تاب رد عليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya iman ialah pakaian yang akan dipakaikan oleh Allah kepada sesiapa yang mahu. Jika seorang hamba melakukan zina maka akan dicabut darinya pakaian iman, jika dia bertaubat akan dikembalikan padanya (pakaian itu).

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 777, hadis nombor 3979. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ : ((إن الإيمان سربال ‌يسربله الله من يشاء، فإذا زنى العبد نزع منه سربال الإيمان، فإذا تاب رد عليه)). [ابن الجوزي في ((ذم الهوى))،((الضعيفة)) (1584)]

(Sangat Lemah) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya iman ialah pakaian yang akan dipakaikan oleh Allah kepada sesiapa yang mahu. Jika seorang hamba melakukan zina maka akan dicabut darinya pakaian iman, jika dia bertaubat akan dikembalikan padanya (pakaian itu). [Riwayat Ibn al-Jauzi dalam Zamm al-Hawa. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 1584]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs