Sesungguhnya Idris AS merupakan sahabat kepada malaikat maut. Baginda meminta untuk diperlihat kepadanya syurga dan neraka

TEKS BAHASA ARAB

إن إدريس صلى الله عليه وسلم كان صديقا لملك الموت، فسأله أن يريه الجنة والنار، فصعد بإدريس فأراه النار، ففزع منها وكاد يغشى عليه، فالتف عليه ملك الموت بجناحه، فقال ملك الموت: أليس قد رأيتها؟ قال: بلى، ولم أر كاليوم قط، ثم انطلق به حتى أراه الجنة فدخلها، فقال ملك الموت: انطلق قد رأيتها، قال: إلى أين؟ قال ملك الموت: حيث كنت، قال إدريس: لا والله لا أخرج منها بعد أن دخلتها، فقيل لملك الموت: أليس أنت أدخلته إياها؟ وإنه ليس لأحد دخلها أن يخرج منها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Idris AS merupakan sahabat kepada malaikat maut. Baginda meminta untuk diperlihatkan kepadanya syurga dan neraka. Lalu malaikat maut naik bersama Idris AS lalu diperlihatkan neraka kepada baginda, baginda terkejut dan hampir pengsan. Kemudian malaikat maut mendakap baginda dengan sayapnya. Malaikat maut berkata: "Tidakkah kamu telah melihatnya (neraka)?" Idris AS menjawab: "Ya dan aku tidak pernah melihat (sesuatu) sekali pun seperti (apa yang aku lihat) hari ini". Setelah itu, mereka meneruskan lagi perjalanan sehingga diperlihatkan pula syurga kepada baginda, lalu baginda pun memasukinya (syurga itu). Malaikat maut berkata: "Ayuh pergi kerana kamu telah melihatnya (syurga)". Idris AS berkata: "Ke mana?" Jawab malaikat maut: "Ke tempat di mana kamu berada sebelum ini (iaitu bumi)". Idris AS berkata: "Tidak, demi Allah! Aku tidak akan keluar daripadanya setelah aku memasukinya". Dikatakan kepada malaikat maut: "Tidakkah kamu yang telah memasukkan baginda ke dalamnya? Dan sesungguhnya ia (syurga) bukanlah tempat yang apabila seseorang telah memasukinya, dia akan mahu keluar daripadanya

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1654-1655, hadis nombor 8350. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أم سلمة -رضي الله عنها- مرفوعا: ((إن إدريس صلى الله عليه وسلم كان صديقا لملك الموت، فسأله أن يريه الجنة والنار، فصعد بإدريس فأراه النار، ففزع منها وكاد يغشى عليه، فالتف عليه ملك الموت بجناحه، فقال ملك الموت: أليس قد رأيتها؟ قال: بلى، ولم أر كاليوم قط، ثم انطلق به حتى أراه الجنة فدخلها، فقال ملك الموت: انطلق قد رأيتها، قال: إلى أين؟ قال ملك الموت: حيث كنت، قال إدريس: لا والله لا أخرج منها بعد أن دخلتها، فقيل لملك الموت: أليس أنت أدخلته إياها؟ وإنه ليس لأحد دخلها أن يخرج منها)). [طس، ((الضعيفة)) (339)].

(Palsu)
Daripada Ummu Salamah RA secara marfu’: ((Sesungguhnya Idris AS merupakan sahabat kepada malaikat maut. Baginda meminta untuk diperlihatkan kepadanya syurga dan neraka. Lalu malaikat maut naik bersama Idris AS lalu diperlihatkan neraka kepada baginda, baginda terkejut dan hampir pengsan. Kemudian malaikat maut mendakap baginda dengan sayapnya. Malaikat maut berkata: "Tidakkah kamu telah melihatnya (neraka)?" Idris AS menjawab: "Ya dan aku tidak pernah melihat (sesuatu) sekali pun seperti (apa yang aku lihat) hari ini". Setelah itu, mereka meneruskan lagi perjalanan sehingga diperlihatkan pula syurga kepada baginda, lalu baginda pun memasukinya (syurga itu). Malaikat maut berkata: "Ayuh pergi kerana kamu telah melihatnya (syurga)". Idris AS berkata: "Ke mana?" Jawab malaikat maut: "Ke tempat di mana kamu berada sebelum ini (iaitu bumi)". Idris AS berkata: "Tidak, demi Allah! Aku tidak akan keluar daripadanya setelah aku memasukinya". Dikatakan kepada malaikat maut: "Tidakkah kamu yang telah memasukkan baginda ke dalamnya? Dan sesungguhnya ia (syurga) bukanlah tempat yang apabila seseorang telah memasukinya, dia akan mahu keluar daripadanya.))
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 339].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs