Sesungguhnya ibu kepada Isa Bin Maryam telah menghantar Baginda ke sekolah untuk belajar

TEKS BAHASA ARAB

إن عيسى بن مريم أسلمته أمه إلى الكتاب ليعلمه. فقال له المعلم اكتب قال وما اكتب؟ قال بسم الله. قال عيسى وما بسم الله؟ قال المعلم ما أدري. قال له عيسى الباء بهاء الله والسين سناؤه والميم مملكته والله إله الآلهة والرحمن: رحمن الدنيا والآخرة والرحيم رحيم الآخرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya ibu kepada Isa Bin Maryam telah menghantar Baginda ke sekolah untuk belajar. Lalu gurunya berkata kepadanya: Tulislah. ‘Isa bertanya: Apa yang perlu saya tulis? Gurunya menjawab: Dengan nama Allah (Basmalah). ‘Isa bertanya: Apakah itu Basmalah? Guru tersebut menjawab: Saya tidak tahu. ‘Isa pun berkata: Huruf Ba’ bermaksud Keindahan Allah, huruf Sin bermaksud Ketinggian-Nya, huruf Mim bermaksud Kerajaan-Nya. Allah pula adalah Tuhan bagi segala tuhan, al-Rahman adalah belas kasihan di dunia dan akhirat. Manakala al-Rahim pula kasih sayang di akhirat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 19, hadis nombor 128. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع.
أخرجه ابن جرير في تفسيره (1/ 41، 42) وابن عدي في الكامل (1/299) وأبو نعيم في الحلية (7/251-252) وابن مردويه في تفسيره كما في ابن كثير (1/ 33) وابن الجوزي في الموضوعات (1/ 203 – 204) وابن عساكر في تاريخ دمشق والثعلبي في تفسيره كما في الدر المنثور (1/ 8) من طريق إسماعيل بن عياش عن إسماعيل بن يحيى عن مسعرعن عطية عن أبي سعيد الخدري فذكره مرفوعاً وهو مطول عند بعضهم.
قال أبو نعيم: غريب من حديث مسعر، تفرد به إسماعيل بن عياش، عن إسماعيل بن يحيى.
قلت: لم يتفرد به إسماعيل بن عياش، فقد تابعه سعدان بن نصر، عن إسماعيل عن مسعر بن كدام.
أخرجه ابن حبان في المجروحين (1/ 126- 127) قال: أخبرناه محمد بن المسيب، ثنا سعدان بن نصر، ثنا إسماعيل بن يحيى بن عبيد الله، عن ابن أبي ذئب.
قلت: وقوله: عن ابن أبي ذئب لا أدري هل هو مقحم، فقد قال ابن حيان في أول ترجمة إسماعيل بن يحيى هذا: روى عن مسعر بن كدام، عن عطية، عن أبي سعيد. فهذا يدل على أن إسماعيل بن يحيى إنما يرويه عن مسعرلا ابن أبي ذئب. فالله أعلم بحقيقة الحال، إلا أن يكون رواه عن ابن أبي ذئب ومسعر جميعاً. فهذا محتمل. والله أعلم ووقع اختلاف آخر في السند.
فقد رواه إسماعيل بن عياش، عن إسماعيل بن يحيى، عن ابن أبي مليكه، عمن حدثه عن ابن مسعود. فذكره مرفوعاً. أخرجه ابن جرير وابن عدي في الكامل.
قلت: وهذا حديث باطل موضوع.قال ابن عدي: هذا حديث باطل بهذا الإسناد لا يرويه غير إسماعيل .وقال ابن كثير: وهذا غريب جداً، وقد يكون صحيحاً إلى من دون رسول الله صلى الله عليه وسلم ويكون من الإسرائيليات لا من المرفوعات .وقال ابن الجوزي: هذا حديث موضوع محال. ما يصنع هذا الحديث إلا ملحد يريد شين الإسلام، أو جاهل، في غاية الجهل، وقلة المبالاة بالدين، ولا يجوز أن يفرق حروف الكلمة المجتمعة، فيقال: الألف من كذا، والام من كذا، وإنما هذا يكون في الحروف المقطعة. فقد جمع واضع هذا الحديث جهلاً وافراً وإقداماً عظيماً وأتى بشيء لا تخفى برودته والكذب فيه. وأقره السيوطي في اللآلىء (1/ 172) فقال: موضوع .وقال في الدر المنثور (1/ 8) : سنده ضعيف جداً.
قلت: وعلته إسماعيل بن يحيى بن عبد الله، فقد كذبه الدارقطني، وأبو علي النيسابوري والحاكم. وقال الأزدي: ركن من أركان الكذب.واتهمه صالح جزرة بوضع الحديث وكذا ابن حبان. ثم رأيت الشيخ أبا الأشبال أحمد شاكر رحمه الله في تخريجه لتفسير الطبري (1/ 122) علق على قول الحافظ ابن كثير: وقد يكون صحيحاً الخ. بقوله: وما أدري كيف فات الحافظ ابن كثير أن في إسناده هذا الكذاب، فتسقط روايته بمرة، ولا يحتاج إلى هذا التردد. أهـ‍.
قلت: لعل الحافظ ابن كثير رحمه الله يشير إلى سند آخر غير هذا. فقد رأيت السيوطي رحمه الله قال في الدر المنثور (2/ 25) : وأخرج ابن المنذر بسند صحيح إلى سعيد بن حبير قال: لما ترعرع عيسى جاءت به أمه إلى الكتاب، فدفعته إليه. ثم ساقه بنحوه. فإن صح نقد السيوطي فيترجح كونه من الإسرائيليات ويصدق ظن الحافظ ابن كثير. والله أعلم.

Mawdhu’. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Ibn Jarir dalam Tafsir beliau (1/41, 42), Ibn ‘Adi dalam al-Kamil (1/299), Abu Nu’aim dalam al-Hilyah (7/251 -252), ibn Mardawaih dalam Tafsir beliau – sebagaimana dalam Tafsir Ibn Kathir (1/33), Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdhu’at (1/203-204), Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimasyq, dan al-Tha’labi dalam Tafsir beliau – sebagaimana dalam al-Dur al-Manthur (1/8) melalui sanad Isma’il bin ‘Ayyash daripada Isma’il bin Yahya daripada Mis’ar daripada ‘Atiyyah daripada Abu Sa’id al-Khudri, lalu beliau menyebutkan hadith tersebut secara marfu’. Hadith tersebut panjang lebar dalam riwayat sebahagian mereka. Abu Nu’aim berkata: "Gharib melalui hadith Mis’ar, Isma’il bin ‘Ayyash bersendirian hadith tersebut daripada Isma’il bin Yahya".
Saya berkata: Isma’il bin ‘Ayyash tidak bersendirian meriwayatkannya. Beliau telah disokong oleh Sa’dan bin Nasr daripada Isma’il daripada Mis’ar bin Kidam. Ianya telah dikeluarkan oleh Ibn Hibban dalam al-Majruhin (1/126 -127), katanya Muhammad bin al-Musayyib telah menceritakannya kepada kami, katanya Sa’dan bin Nasr telah menceritakan kepada kami, katanya Isma’il bin Yahya bin ‘Ubaidullah telah menceritakan kepada kami daripada Ibn Abi Zi’b.
Saya berkata: Kata beliau: "daripada Ibn Abi Zi’b", saya tidak tahu adalah ianya perawi yang di sisipkan. Ibn Hibban telah menyebutkan di awal biografi Isma’I bin Yahya ini: "Beliau meriwayatkan daripada Mis’ar bin Kidam daripada ‘Atiyyah daripada Abu Sa’id..", ini menunjukkan bahawa Isma’il bin Yahya sebenarnya meriwayatkan hadith itu daripada Mis’ar, bukannya Ibn Abi Zi’b. Allah lebih mengetahui hakikat sebenarnya. Melainkan Isma’il meriwayatkannya daripada Ibn Abi Zi’b dan juga Mis’ar. Ini kemungkinan yang boleh terjadi. Allah lebih mengetahui. Turut berlaku perbezaan lain dalam sanad tersebut. Isma’il bin ‘Ayyash juga telah meriwayatkannya daripada Isma’il bin Yahya daripada Ibn Abi Mulaikah daripada perawi yang menceritakan kepadanya daripada Ibn Mas’ud.
Ianya telah dikeluarkan oleh Ibn Jarir dan juga Ibn ‘Adi dalam al-Kamil.
Saya berkata: Hadith ini batil lagi mawdhu’. Ibn ‘Adi berkata: "Hadith ini batil dengan sanad ini, tidak ada yang meriwayatkannya selain Isma’il". Ibn Kathir turut berkata: "Ini sangat gharib, boleh jadi ianya sahih sampai kepada perawi di bawah Rasulullah SAW, juga boleh jadi ianya dalam kalangan Isra’iliyyat, bukannya hadith-hadith yang marfu’". Ibn al-Jawzi berkata: "Ini adalah hadith mawdhu’ lagi tidak sahih…tidak ada yang mereka-reka hadith ini melainkan orang yang aties yang mahu memburukkan Islam atau orang jahil yang teramat jahil dan kurang mengambil perhatian soal agama. Tidak boleh memisahkan huruf-huruf yang terhimpun, lalu disebut huruf alif daripada perkataan sekian, huruf lam daripada perkataan sekian. Ianya hanya boleh pada huruf muqatta’ah. Pereka hadith ini telah menghimpunkan antara kejahilan yang banyak dan keberanian yang besar, lalu dia membawa sesuatu yang tidak tersembunyi lagi tujuan dan pembohongannya". Al-Suyuti dalam al-La’ali (1/172) menyetujuinya, lalu berkata: "Mawdhu’". Manakala dalam al-Dar al-Manthur (1/8) pula beliau berkata: "Sanadnya terlalu dha’if".
Saya berkata: Kecacatannya adalah Isma’il bin Yahya bin Abd Allah. Al-Daraqutni, Abu ‘Ali al-Naisaburi, dan al-Hakim menilai beliau sebagai pendusta. Al-Azdi berkata: "Salah satu cabang penipuan". Soleh Jazarah mendakwa beliau memalsukan hadith, demikian juga Ibn Hibban. Kemudian, saya melihat al-Syeikh Abu al-Ashbal Ahmad Shakir RH dalam takhrij beliau kepada Tafsir al-Tabari (1/122) memberikan komentar terhadap kata-kata al-Hafiz Ibn Kathir: "..boleh jadi ianya sahih…", kata al-Syeikh: "Saya tidak mengetahui bagaimana boleh terlepas kepada al-Hafiz Ibn Kathir yang dalam sanadnya terdapat pendusta ini, riwayatnya terus gugur tanpa perlu kepada ketidakpastian ini".
Saya berkata: Boleh jadi al-Hafiz Ibn Kathir r.h isyaratkan kepada sanad lain selain sanad ini. Saya telah melihat al-Suyuti r.h berkata dalam al-Dur al-Manthur (2/25): "Ibn al-Munzir telah mengeluarkannya dengan sanad yang sahih hingga kepada Sa’id bin Jubair, katanya: Takkala ‘Isa makin membesar, ibunya membawanya ke tadika, lalu ibunya menyerahkan ‘Isa kepadanya…", kemudian beliau pun mengemukakan hadith dengan lafaz seumpamanya. Sekiranya benar kritikan al-Suyuti, maka rajihnya ianya bersumberkan Isra’iliyyat, dan benarlah sangkaan yang dibuat oleh al-Hafiz Ibn Kathir. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs