Sesungguhnya iblis mengutuskan tenteranya pada setiap pagi dan petang

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن إبليس يبعث جنوده كل صباح ومساء؛ فيقول: من أضل رجلا؛ أكرمته، ومن فعل كذا؛ فله كذا، فيأتي أحدهم فيقول: لم أزل به حتى طلق امرأته، قال: يتزوج أخرى، فيقول: لم أزل به حتى زنى، فيجيزه ويكرمه؛ ويقول: لمثل هذا فاعملوا، ويأتي آخر فيقول: لم أزل بفلان حتى قتل، فيصيح صيحة يجتمع إليه الجن فيقولون له: يا سيدنا ما الذي فرحك؟! فيقول: أخبرني فلان أنه لم يزل برجل من بني آدم يفتنه ويصده حتى قتل رجلا فدخل النار؛ فيجيزه ويكرمه كرامة لم يكرم بها أحدا من جنوده ثم يدعو بالتاج؛ فيضعه على رأسه، ويستعمله عليهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya iblis mengutuskan tenteranya pada setiap pagi dan petang, lalu dia berkata: “Sesiapa yang menyesatkan seorang manusia, nescaya aku akan memuliakannya. Manakala sesiapa yang buat begini, maka dia akan dapat begini.” Maka salah satu daripada kalangan mereka datang lantas berkata: “Aku sentiasa mendampinginya sehingga dia menceraikan isterinya.” Iblis berkata: “Dia berkahwin lain.” Kemudian dia berkata: “Aku terus mendampinginya sehingga dia berzina.” Maka iblis menghargainya dan memuliakannya serta berkata: “Sebeginilah yang kalian patut lakukan.” Kemudian datang yang lain dan berkata: “Aku sentiasa mendampingi si polan sehingga dia melakukan pembunuhan.” Kemudian iblis berteriak dengan pekikan yang menyebabkan para jin berkumpul dan mereka bertanya kepadanya: “Wahai tuan kami, apa yang menyebabkan engkau gembira?” Iblis menjawab: “Aku telah dikhabarkan oleh si polan (syaitan) bahawa dia sentiasa mendampingi seorang anak Adam untuk menggodanya dan menyesatkannya sehingga dia melakukan pembunuhan, lalu dia masuk neraka.” Maka iblis menghargai dan memuliakannya dengan kemuliaan yang tidak pernah diberikannya kepada sesiapapun dari kalangan tenteranya. Kemudian iblis meminta mahkota lalu dipakaikan ia di atas kepala syaitan tersebut dan dia menggunakannya untuk menguasai mereka yang lain”.

STATUS

Sangat munkar dengan selengkap ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 535, hadis nombor 2829. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منکر جدا بهذا التمام) عن أبي موسى الأشعري – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «إن إبليس يبعث جنوده كل صباح و مساء؛ فيقول: من أضل رجلا؛ أكرمته، ومن فعل كذا؛ فله كذا، فيأتي أحدهم فيقول: لم أزل به حتى طلق امرأته، قال: يتزوج أخرى، فيقول: لم أزل به حتى زنى، فيجيزه ويكرمه؛ ويقول: لمثل هذا فاعملوا، ويأتي آخر فيقول: لم أزل بفلان حتى قتل، فيصيح صيحة يجتمع إليه الجن فيقولون له: يا سيدنا ما الذي فرحك؟! فيقول: أخبرني فلان أنه لم يزل برجل من بني آدم يفتنه ويصده حتى قتل رجلا فدخل النار؛ فيجيزه ويكرمه كرامة لم يكرم بها أحدا من جنوده ثم يدعو بالتاج؛ فيضعه على رأسه، ويستعمله عليهم». [حل، «الضعيفة» (6102)].

(Sangat Munkar Dengan Selengkap Ini) Daripada Abū Mūsā al-Ash‘arī RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Sesungguhnya iblis mengutuskan tenteranya pada setiap pagi dan petang, lalu dia berkata: “Sesiapa yang menyesatkan seorang manusia, nescaya aku akan memuliakannya. Manakala sesiapa yang buat begini, maka dia akan dapat begini.” Maka salah satu daripada kalangan mereka datang lantas berkata: “Aku sentiasa mendampinginya sehingga dia menceraikan isterinya.” Iblis berkata: “Dia berkahwin lain.” Kemudian dia berkata: “Aku terus mendampinginya sehingga dia berzina.” Maka iblis menghargainya dan memuliakannya serta berkata: “Sebeginilah yang kalian patut lakukan.” Kemudian datang yang lain dan berkata: “Aku sentiasa mendampingi si polan sehingga dia melakukan pembunuhan.” Kemudian iblis berteriak dengan pekikan yang menyebabkan para jin berkumpul dan mereka bertanya kepadanya: “Wahai tuan kami, apa yang menyebabkan engkau gembira?” Iblis menjawab: “Aku telah dikhabarkan oleh si polan (syaitan) bahawa dia sentiasa mendampingi seorang anak Adam untuk menggodanya dan menyesatkannya sehingga dia melakukan pembunuhan, lalu dia masuk neraka.” Maka iblis menghargai dan memuliakannya dengan kemuliaan yang tidak pernah diberikannya kepada sesiapapun dari kalangan tenteranya. Kemudian iblis meminta mahkota lalu dipakaikan ia di atas kepala syaitan tersebut dan dia menggunakannya untuk menguasai mereka yang lain”. [Riwayat Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6102].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.