TEKS BAHASA ARAB
إن إبليس يبعث أشد أو أقوى أصحابه إلى من يمنع المعروف من ماله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya Iblis menghantar pembantunya yang paling hebat dan dahsyat kepada orang yang menghalang perkara kebaikan pada hartanya.
STATUS
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 873, hadis nombor 4476. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عباس-رضي الله عنهما- مرفوعا: ((إن إبليس يبعث أشد أو أقوى أصحابه إلى من يمنع المعروف من ماله)). [ابن السماك في ((حديثه))، طب، أبو بكر ابن مكرم القاضي في ((الأمالي))، ((الضعيفة)) (2971)].
(Sangat lemah)
Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesungguhnya Iblis menghantar pembantunya yang paling hebat dan dahsyat kepada orang yang menghalang perkara kebaikan pada hartanya.”
[Riwayat Ibn al-Simak dalam hadisnya, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Abu Bakr Ibn Mukarram al-Qadhi dalam al-Amali. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2971].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.