Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن إبليسَ يَبْعَثُ أَشَدَّ أو أَقْوَى أصحابِه إلى من [يَمنَعُ] المعروفَ في مالِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Iblis menghantar pembantunya yang paling hebat dan dahsyat kepada orang yang menghalang perkara kebaikan pada hartanya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 873, hadis no. 4476. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عباس-رضي الله عنهما- مرفوعا: ((إن إبليس يبعث أشد أو أقوى أصحابه إلى من يمنع المعروف من ماله)). [ابن السماك في ((حديثه))، طب، أبو بكر ابن مكرم القاضي في ((الأمالي))، ((الضعيفة)) (2971)].
(Sangat lemah) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesungguhnya Iblis menghantar pembantunya yang paling hebat dan dahsyat kepada orang yang menghalang perkara kebaikan pada hartanya.” [Riwayat Ibn al-Simak dalam hadisnya, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Abu Bakr Ibn Mukarram al-Qadhi dalam al-Amali. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2971].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman