Sesiapa yang berjaya menyesatkan seorang lelaki, maka aku akan memuliakannya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن إبليس يبعث جنوده كل صباح ومساء فيقول: من أضل رجلاً أكرمته ومن فعل كذا فله كذا فيأتي أحدهم فيقول: لم أزل به حتى طلق امرأته قال: يتزوج أخرى فيقول: لم أزل به حتى زنى فيجيزه ويكرمه ويقول: لمثل هذا فاعملوا ويأتي آخر فيقول: لم أزل بفلان حتى قتل فيصيح صيحة يجتمع إليه الجن فيقولون له: ياسيدنا ما الذي فرحك فيقول: أخبرني فلان أنه لم يزل برجل من بني آدم يفتنه ويصده حتى قتل رجلاً فدخل النار فيجيزه ويكرمه كرامة لم يكرم بها أحداً من جنوده ثم يدعو بالتاج فيضعه على رأسه ويستعمله عليهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Iblis menghantar bala tenteranya pada setiap pagi dan petang. Lalu ia berkata: Sesiapa yang berjaya menyesatkan seorang lelaki, maka aku akan memuliakannya. Sesiapa yang melakukan sekian perkara maka ganjarannya adalah sekian. Maka datanglah salah seorang mereka lalu berkata: Aku sentiasa bersama dengan seorang lelaki sehinggalah dia menceraikan isterinya. Iblis berkata: Dia berkahwin lain. Dia berkata: Aku sentiasa bersama dengannya sehinggalah dia berzina. Maka Iblis memberi ganjaran dan memuliakannya. Lalu Iblis berkata: Seperti inilah kamu semua perlu lakukan. Maka datang seorang lagi lalu berkata: Aku sentiasa berada bersama si Polan sehinggalah dia membunuh. Maka Iblis pun menjerit dengan satu jeritan yang menyebabkan semua jin berkumpul lalu mereka berkata kepadanya: Wahai tuan kami, apakah yang menyebabkan kamu bergembira? Iblis berkata: Si Polan ini telah memberitahu aku bahawa dia sentiasa bersama dengan seorang lelaki dari kalangan anak Adam lalu dia menguji dan memalingkannya sehinggalah dia membunuh seorang lelaki lalu menyebabkan dia masuk ke dalam neraka. Lalu dia memberi hadiah kepadanya dan memuliakannya dengan penghormatan yang tidak pernah diberikan kepada tenteranya dan Iblis meminta supaya dibawakan satu mahkota, lalu meletakkannya di atas kepala jin tersebut dan melantiknya sebagai ketua kepada mereka.

STATUS

Sangat Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 122, hadis nombor 626. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا بهذا التمام) عن أبي موسى الأشعري رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن إبليس يبعث جنوده كل صباح ومساء فيقول: من أضل رجلاً أكرمته ومن فعل كذا فله كذا فيأتي أحدهم فيقول: لم أزل به حتى طلق امرأته قال: يتزوج أخرى فيقول: لم أزل به حتى زنى فيجيزه ويكرمه ويقول: لمثل هذا فاعملوا ويأتي آخر فيقول: لم أزل بفلان حتى قتل فيصيح صيحة يجتمع إليه الجن فيقولون له: ياسيدنا ما الذي فرحك فيقول: أخبرني فلان أنه لم يزل برجل من بني آدم يفتنه ويصده حتى قتل رجلاً فدخل النار فيجيزه ويكرمه كرامة لم يكرم بها أحداً من جنوده ثم يدعو بالتاج فيضعه على رأسه ويستعمله عليهم. [حل، الضعيفة (6102)]

(Sangat munkar dengan keseluruhan lafaz) Daripada Abū Mūsā al-Ash‘arī RA, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Iblis menghantar bala tenteranya pada setiap pagi dan petang. Lalu ia berkata: Sesiapa yang berjaya menyesatkan seorang lelaki, maka aku akan memuliakannya. Sesiapa yang melakukan sekian perkara maka ganjarannya adalah sekian. Maka datanglah salah seorang mereka lalu berkata: Aku sentiasa bersama dengan seorang lelaki sehinggalah dia menceraikan isterinya. Iblis berkata: Dia berkahwin lain. Dia berkata: Aku sentiasa bersama dengannya sehinggalah dia berzina. Maka Iblis memberi ganjaran dan memuliakannya. Lalu Iblis berkata: Seperti inilah kamu semua perlu lakukan. Maka datang seorang lagi lalu berkata: Aku sentiasa berada bersama si Polan sehinggalah dia membunuh. Maka Iblis pun menjerit dengan satu jeritan yang menyebabkan semua jin berkumpul lalu mereka berkata kepadanya: Wahai tuan kami, apakah yang menyebabkan kamu bergembira? Iblis berkata: Si Polan ini telah memberitahu aku bahawa dia sentiasa bersama dengan seorang lelaki dari kalangan anak Adam lalu dia menguji dan memalingkannya sehinggalah dia membunuh seorang lelaki lalu menyebabkan dia masuk ke dalam neraka. Lalu dia memberi hadiah kepadanya dan memuliakannya dengan penghormatan yang tidak pernah diberikan kepada tenteranya dan Iblis meminta supaya dibawakan satu mahkota, lalu meletakkannya di atas kepala jin tersebut dan melantiknya sebagai ketua kepada mereka. [Diriwayatkan oleh Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6102]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.