Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن إبليس ليضع عرشه على البحر دونه الحجب، يتشبه بالله عز وجل، ثم يبث جنوده، فيقول: من لفلان الآدمي؟ فيقوم اثنان، فيقول: قد أجلتكما سنة، فإن أغويتماه وضعت عنكم التعب، وإلا صلبتكما
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Iblis meletak arashnya di atas laut tanpa tutup. Dia ingin menyerupai Allah azza wa jalla. Kemudian dia akan menyebarkan askarnya dan berkata: Barang siapa yang menggoda Fulan manusia ini? Lalu dua daripada mereka bangun. Iblis pun berkata: Aku telah melewatkan kamu berdua selama setahun. Sekiranya kamu berdua memperdayakannya akan aku gugurkan dalam diri kamu kepenatan dan jika tidak akan aku mensalib kamu berdua.
Sahabat Perawi
- Abu Raihanah
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1675, hadis no. 8452. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah dan Ibn Asakir
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman