Sesungguhnya Iblis ketika diturunkan ke bumi

TEKS BAHASA ARAB

إن إبليس لما أنزل إلى الأرض؛ قال: يا رب! أنزلتني إلى الأرض وجعلتني رجيما – أو كما ذكر -، فاجعل لي بيتا؟ قال: الحمام. قال: فاجعل لي مجلسا؟ قال: الأسواق ومجامع الطرق. قال: اجعل لي طعاما؟ قال: ما لم يذكر اسم الله عليه. قال: اجعل لي شرابا؟ قال: كل مسكر. قال: اجعل لي مؤذنا؟ قال: المزامير. قال: اجعل لي قرآنا؟ قال: الشعر. قال: اجعل لي كتابا؟ قال: الوشم. قال: اجعل لي حديثا؟ قال: الكذب. قال: اجعل لي مصايد؟ قال: النساء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Iblis ketika diturunkan ke bumi, ia berkata: Wahai Tuhan, Kau telah menurunkan aku ke bumi serta Kau menjadikan aku ini direjam – atau sebagaimana yang ia sebutkan – Maka jadikanlah untukku rumah. Allah berkata: (Rumahmu) adalah tandas. Ia berkata: Jadikanlah untukku tempat duduk. Allah menjawab: Pasar-pasar dan lorong-lorong jalanan. Ia berkata: Jadikanlah untukku makanan. Allah berkata: (Makananmu) ialah makanan yang tidak dibacakan nama Allah ke atasnya. Ia berkata: Jadikanlah untukku minuman. Allah berkata: Semua yang memabukkan. Ia berkata: Jadikanlah untukku tukang azan. Allah berkata: Seruling-seruling. Ia berkata: Jadikanlah untukku Qur’an (suatu yang dibaca). Allah menjawab: Syair. Ia berkata: Jadikanlah untukku kitab. Allah menjawab: Tatu. Ia berkata: Jadikanlah untukku ucapan. Allah menjawab: (Ucapanmu) ialah ucapan bohong. Ia berkata: Jadikanlah untukku jerangkap. Allah menjawab: Golongan wanita.

STATUS

Sangat Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 232, hadis nombor 1228. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن أبي أمامة – رضي الله عنه – عن النبي – صلى الله عليه وسلم – قال: ((إن إبليس لما أنزل إلى الأرض؛ قال: يا رب! أنزلتني إلى الأرض وجعلتني رجيما – أو كما ذكر -، فاجعل لي بيتا؟ قال: الحمام. قال: فاجعل لي مجلسا؟ قال: الأسواق ومجامع الطرق. قال: اجعل لي طعاما؟ قال: ما لم يذكر اسم الله عليه. قال: اجعل لي شرابا؟ قال: كل مسكر. قال: اجعل لي مؤذنا؟ قال: المزامير. قال: اجعل لي قرآنا؟ قال: الشعر. قال: اجعل لي كتابا؟ قال: الوشم. قال: اجعل لي حديثا؟ قال: الكذب. قال: اجعل لي مصايد؟ قال: النساء)). [طب، ((الضعيفة)) (6054)]

(Sangat Munkar)
Daripada Abu Umamah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Iblis ketika diturunkan ke bumi, ia berkata: Wahai Tuhan, Kau telah menurunkan aku ke bumi serta Kau menjadikan aku ini direjam – atau sebagaimana yang ia sebutkan – Maka jadikanlah untukku rumah. Allah berkata: (Rumahmu) adalah tandas. Ia berkata: Jadikanlah untukku tempat duduk. Allah menjawab: Pasar-pasar dan lorong-lorong jalanan. Ia berkata: Jadikanlah untukku makanan. Allah berkata: (Makananmu) ialah makanan yang tidak dibacakan nama Allah ke atasnya. Ia berkata: Jadikanlah untukku minuman. Allah berkata: Semua yang memabukkan. Ia berkata: Jadikanlah untukku tukang azan. Allah berkata: Seruling-seruling. Ia berkata: Jadikanlah untukku Qur’an (suatu yang dibaca). Allah menjawab: Syair. Ia berkata: Jadikanlah untukku kitab. Allah menjawab: Tatu. Ia berkata: Jadikanlah untukku ucapan. Allah menjawab: (Ucapanmu) ialah ucapan bohong. Ia berkata: Jadikanlah untukku jerangkap. Allah menjawab: Golongan wanita.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 6054]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs