Sesungguhnya Iblis ketika diturunkan ke bumi telah berkata: Wahai Tuhan, Engkau telah menurunkan aku ke bumi dan Engkau menjadikan aku sebagai makhluk yang direjam

TEKS BAHASA ARAB

إن إبليس لما أنزل إلى الأرض قال : يا رب أنزلتني إلى الأرض وجعلتني رجيما أو كما ذكر فاجعل لي بيتا قال : الحمام . قال: فاجعل لي مجلسا قال: الأسواق ومجامع الطرق . قال : اجعل لي طعاما قال : ما لم يذكر اسم الله عليه. قال: اجعل لي شرابا قال: كل مسكر. قال: اجعل لي مؤذنا قال : المزامير. قال : اجعل لي قرآنا؟ قال : الشعر. قال : اجعل لي كتابا قال : الوشم. قال : اجعل لي حديثا قال : الكذب. قال: اجعل لي مصايد قال : النساء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Iblis ketika diturunkan ke bumi telah berkata: Wahai Tuhan, Engkau telah menurunkan aku ke bumi dan Engkau menjadikan aku sebagai makhluk yang direjam atau sebagaimana yang dia sebutkan, maka jadikanlah untuk aku sebuah rumah. Allah SWT berfirman: Tandas. Iblis berkata: Jadikanlah bagiku tempat bermajlis. Allah SWT berfirman: Di pasar-pasar dan juga jalanan. Iblis berkata: Jadikanlah bagiku makanan. Allah SWT berfirman: Makanan yang tidak disebutkan nama Allah SWT ke atasnya. Iblis berkata: Jadikanlah buatku minuman. Allah SWT berfirman: Semua yang memabukkan. Iblis berkata: Jadikanlah bagiku sesuatu untuk memanggil. Allah SWT berfirman: Seruling-seruling. Iblis berkata: Jadikanlah bagiku suatu yang dibaca. Allah SWT befirman: Syair. Iblis berkata: Jadikanlah bagiku satu kitab. Allah SWT berfirman: Tatu. Iblis berkata: Jadikan bagiku ucapan. Allah SWT berfirman: Pembohongan. Iblis berkata: Jadikan bagiku perangkap. Allah SWT berfirman: Golongan Wanita.

STATUS

Sangat Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 121 -122, hadis nombor 625. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن أبي أمامة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إن إبليس لما أنزل إلى الأرض قال : يا رب أنزلتني إلى الأرض وجعلتني رجيما أو كما ذكر فاجعل لي بيتا قال : الحمام . قال: فاجعل لي مجلسا قال: الأسواق ومجامع الطرق . قال : اجعل لي طعاما قال : ما لم يذكر اسم الله عليه. قال: اجعل لي شرابا قال: كل مسكر. قال: اجعل لي مؤذنا قال : المزامير. قال : اجعل لي قرآنا؟ قال : الشعر. قال : اجعل لي كتابا قال : الوشم. قال : اجعل لي حديثا قال : الكذب. قال: اجعل لي مصايد قال : النساء. [طب، الضعيفة (6054)]

(Sangat munkar) Daripada Abū Umāmah RA, daripada Nabi SAW telah bersabda: Sesungguhnya Iblis ketika diturunkan ke bumi telah berkata: Wahai Tuhan, Engkau telah menurunkan aku ke bumi dan Engkau menjadikan aku sebagai makhluk yang direjam atau sebagaimana yang dia sebutkan, maka jadikanlah untuk aku sebuah rumah. Allah SWT berfirman: Tandas. Iblis berkata: Jadikanlah bagiku tempat bermajlis. Allah SWT berfirman: Di pasar-pasar dan juga jalanan. Iblis berkata: Jadikanlah bagiku makanan. Allah SWT berfirman: Makanan yang tidak disebutkan nama Allah SWT ke atasnya. Iblis berkata: Jadikanlah buatku minuman. Allah SWT berfirman: Semua yang memabukkan. Iblis berkata: Jadikanlah bagiku sesuatu untuk memanggil. Allah SWT berfirman: Seruling-seruling. Iblis berkata: Jadikanlah bagiku suatu yang dibaca. Allah SWT befirman: Syair. Iblis berkata: Jadikanlah bagiku satu kitab. Allah SWT berfirman: Tatu. Iblis berkata: Jadikan bagiku ucapan. Allah SWT berfirman: Pembohongan. Iblis berkata: Jadikan bagiku perangkap. Allah SWT berfirman: Golongan Wanita. [Diriwayatkan oleh al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6054]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs