Sangat Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ إِبْلِيسَ لَمَّا أُنْزِلَ إِلَى الأَرْضِ، قَالَ: يَا رَبِّ ! أَنْزَلْتَنِي إِلَى الأَرْضِ وَجَعَلْتَنِي رَجِيماً - أَوْ كَمَا ذَكَرَ - فَاجْعَلْ لِي بَيْتاً ؟ قَالَ : الْحَمَّامُ. قَالَ : فَاجْعَلْ لِي مَجْلِساً ؟ قَالَ : الأَسْوَاقُ وَمَجَامِعُ الطُّرُقِ. قَالَ : اجْعَلْ لِي طَعَاماً ؟ قَالَ : مَا لا يُذْكَرُ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ. قَالَ: اجْعَلْ لِي شَرَاباً ؟ قَالَ : كُلُّ مُسْكِرٍ. قَالَ: اجْعَلْ لِي مُؤَذِّناً؟ قَالَ: الْمَزَامِيرُ. قَالَ : اجْعَلْ لِي قُرْآناً قَالَ : الشِّعْرُ. قَالَ: اجْعَلْ لِي كِتَاباً ؟ قَالَ : الْوَشْمُ. قَالَ: اجْعَلْ لِي حَدِيثاً ؟ قَالَ : الْكَذِبُ. قَالَ: اجْعَلْ لِي مَصَايِدَ ؟ قَالَ : النساءُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Iblis ketika diturunkan ke bumi telah berkata: Wahai Tuhan, Engkau telah menurunkan aku ke bumi dan Engkau menjadikan aku sebagai makhluk yang direjam atau sebagaimana yang dia sebutkan, maka jadikanlah untuk aku sebuah rumah. Allah SWT berfirman: Tandas. Iblis berkata: Jadikanlah bagiku tempat bermajlis. Allah SWT berfirman: Di pasar-pasar dan juga jalanan. Iblis berkata: Jadikanlah bagiku makanan. Allah SWT berfirman: Makanan yang tidak disebutkan nama Allah SWT ke atasnya. Iblis berkata: Jadikanlah buatku minuman. Allah SWT berfirman: Semua yang memabukkan. Iblis berkata: Jadikanlah bagiku sesuatu untuk memanggil. Allah SWT berfirman: Seruling-seruling. Iblis berkata: Jadikanlah bagiku suatu yang dibaca. Allah SWT befirman: Syair. Iblis berkata: Jadikanlah bagiku satu kitab. Allah SWT berfirman: Tatu. Iblis berkata: Jadikan bagiku ucapan. Allah SWT berfirman: Pembohongan. Iblis berkata: Jadikan bagiku perangkap. Allah SWT berfirman: Golongan Wanita.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 121 -122, hadis no. 625. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر جدا) عن أبي أمامة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إن إبليس لما أنزل إلى الأرض قال : يا رب أنزلتني إلى الأرض وجعلتني رجيما أو كما ذكر فاجعل لي بيتا قال : الحمام . قال: فاجعل لي مجلسا قال: الأسواق ومجامع الطرق . قال : اجعل لي طعاما قال : ما لم يذكر اسم الله عليه. قال: اجعل لي شرابا قال: كل مسكر. قال: اجعل لي مؤذنا قال : المزامير. قال : اجعل لي قرآنا؟ قال : الشعر. قال : اجعل لي كتابا قال : الوشم. قال : اجعل لي حديثا قال : الكذب. قال: اجعل لي مصايد قال : النساء. [طب، الضعيفة (6054)]
(Sangat Munkar) Daripada Abū Umāmah RA, daripada Nabi SAW telah bersabda: Sesungguhnya Iblis ketika diturunkan ke bumi telah berkata: Wahai Tuhan, Engkau telah menurunkan aku ke bumi dan Engkau menjadikan aku sebagai makhluk yang direjam atau sebagaimana yang dia sebutkan, maka jadikanlah untuk aku sebuah rumah. Allah SWT berfirman: Tandas. Iblis berkata: Jadikanlah bagiku tempat bermajlis. Allah SWT berfirman: Di pasar-pasar dan juga jalanan. Iblis berkata: Jadikanlah bagiku makanan. Allah SWT berfirman: Makanan yang tidak disebutkan nama Allah SWT ke atasnya. Iblis berkata: Jadikanlah buatku minuman. Allah SWT berfirman: Semua yang memabukkan. Iblis berkata: Jadikanlah bagiku sesuatu untuk memanggil. Allah SWT berfirman: Seruling-seruling. Iblis berkata: Jadikanlah bagiku suatu yang dibaca. Allah SWT befirman: Syair. Iblis berkata: Jadikanlah bagiku satu kitab. Allah SWT berfirman: Tatu. Iblis berkata: Jadikan bagiku ucapan. Allah SWT berfirman: Pembohongan. Iblis berkata: Jadikan bagiku perangkap. Allah SWT berfirman: Golongan Wanita. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6054]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman