Sangat Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya iblis ketika diturunkan ke bumi, dia berkata: “Wahai Tuhan, Engkau telah turunkan aku ke bumi dan jadikan aku dilaknat”

Teks Bahasa Arab

إِنَّ إِبْلِيسَ لَمَّا أُنْزِلَ إِلَى الْأَرْضِ؛ قَالَ: يَا رَبِّ! أَنْزَلْتَنِي إِلَى الْأَرْضِ وَجَعَلْتَنِي رَجِيمًا - أَوْ كَمَا ذَكَرَ - فَاجْعَلْ لِي بَيْتًا؟ قَالَ: الْحَمَّامُ. قَالَ: فَاجْعَلْ لِي مَجْلِسًا؟ قَالَ: الْأَسْوَاقُ وَمَجَامِعُ الطُّرُقِ. قَالَ: اجْعَلْ لِي طَعَامًا؟ قَالَ: مَا لَا يُذْكَرُ اسْمُ اللهِ عَلَيْهِ. قَالَ: اجْعَلْ لِي شَرَابًا؟ قَالَ: كُلُّ مُسْكِرٍ. قَالَ: اجْعَلْ لِي مُؤَذِّنًا؟ قَالَ: الْمَزَامِيرُ. قَالَ: اجْعَلْ لِي قُرْآنًا؟ قَالَ: الشِّعْرُ. قَالَ: اجْعَلْ لِي كِتَابًا؟ قَالَ: الْوَسْمُ. قَالَ: اجْعَلْ لِي حَدِيثًا؟ قَالَ: الْكَذِبُ. قَالَ: اجْعَلْ لِي مَصَايِدَ؟ قَالَ: النِّسَاءُ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya iblis ketika diturunkan ke bumi, dia berkata: “Wahai Tuhan, Engkau telah turunkan aku ke bumi dan jadikan aku dilaknat” – atau seperti yang dia sebut – “Maka berikanlah rumah kepadaku.” Allah menjawab: “Bilik mandi.” Iblis berkata: “Berikanlah tempat duduk untukku.” Allah menjawab: “Pasar-pasar dan perkumpulan jalanan.” Iblis berkata: “Tetapkanlah makanan bagiku.” Allah menjawab: “Setiap makanan yang tidak disebutkan nama Allah padanya.” Iblis berkata: "Tetapkanlah minuman bagiku.” Allah menjawab: “Setiap yang memabukkan.” Iblis berkata: “Berikanlah tukang seru kepadaku.” Allah menjawab: “Seruling-seruling.” Iblis berkata: “Tetapkanlah sebuah kitab bagiku?” Allah menjawab: “Syair-syair.” Iblis berkata: “Tetapkanlah tulisan bagiku?” Allah menjawab: “Cacahan (tatu).” Iblis berkata: “Tetapkanlah hadis bagiku.” Allah menjawab: “Perkataan dusta.” Iblis berkata: “Tetapkanlah jerat bagiku.” Allah menjawab: “Wanita.”

Sahabat Perawi

  1. Abū Umāmah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 535, hadis no. 2828.

(منکر جدا) عن أبي أمامة - رضي الله عنه - عن النبي ﷺ قال: «إن إبليس لما أنزل إلى الأرض؛ قال: يا رب! أنزلتني إلى الأرض وجعلتني رجيما - أو كما ذكر - فاجعل لي بيتا؟ قال: الحمام. قال: فاجعل لي مجلسا؟ قال: الأسواق ومجامع الطرق. قال: اجعل لي طعاما؟ قال: ما لا يذكر اسم الله عليه. قال: اجعل لي شرابا؟ قال: كل مسكر. قال: اجعل لي مؤذنا؟ قال: المزامير. قال: اجعل لي قرآنا؟ قال: الشعر. قال: اجعل لي كتابا؟ قال: الوشم. قال: اجعل لي حديثا؟ قال: الكذب. قال: اجعل لي مصايد؟ قال: النساء». [طب، «الضعيفة» (6054)].

(Sangat Munkar) Daripada Abū Umāmah RA, daripada Nabi ﷺ, baginda bersabda: Sesungguhnya iblis ketika diturunkan ke bumi, dia berkata: “Wahai Tuhan, Engkau telah turunkan aku ke bumi dan jadikan aku dilaknat” – atau seperti yang dia sebut – “Maka berikanlah rumah kepadaku.” Allah menjawab: “Bilik mandi.” Iblis berkata: “Berikanlah tempat duduk untukku.” Allah menjawab: “Pasar-pasar dan perkumpulan jalanan.” Iblis berkata: “Tetapkanlah makanan bagiku.” Allah menjawab: “Setiap makanan yang tidak disebutkan nama Allah padanya.” Iblis berkata: "Tetapkanlah minuman bagiku.” Allah menjawab: “Setiap yang memabukkan.” Iblis berkata: “Berikanlah tukang seru kepadaku.” Allah menjawab: “Seruling-seruling.” Iblis berkata: “Tetapkanlah sebuah kitab bagiku?” Allah menjawab: “Syair-syair.” Iblis berkata: “Tetapkanlah tulisan bagiku?” Allah menjawab: “Cacahan (tatu).” Iblis berkata: “Tetapkanlah hadis bagiku.” Allah menjawab: “Perkataan dusta.” Iblis berkata: “Tetapkanlah jerat bagiku.” Allah menjawab: “Wanita.” [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6054].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.