Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Iblis apabila turun ke bumi, dia berkata: Wahai Tuhan! Kamu turunkan aku ke bumi

Teks Bahasa Arab

إِنَّ إِبْلِيسَ لَمَّا أُنْزِلَ إِلَى الأَرْضِ، قَالَ: يَا رَبِّ! أَنْزَلْتَنِي إِلَى الأَرْضِ وَجَعَلْتَنِي رَجِيماً - أَوْ كَمَا ذَكَرَ - فَاجْعَلْ لِي بَيْتاً؟ قَالَ: الْحَمَّامُ. قَالَ: فَاجْعَلْ لِي مَجْلِساً؟ قَالَ: الأَسْوَاقُ وَمَجَامِعُ الطُّرُقِ. قَالَ: اجْعَلْ لِي طَعَاماً؟ قَالَ: مَا لا يُذْكَرُ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ. قَالَ: اجْعَلْ لِي شَرَاباً؟ قَالَ: كُلُّ مُسْكِرٍ. قَالَ: اجْعَلْ لِي مُؤَذِّناً؟ قَالَ: الْمَزَامِيرُ. قَالَ: اجْعَلْ لِي قُرْآناً؟ قَالَ: الشِّعْرُ. قَالَ: اجْعَلْ لِي كِتَاباً؟ قَالَ: الْوَشْمُ. قَالَ: اجْعَلْ لِي حَدِيثاً؟ قَالَ: الْكَذِبُ. قَالَ: اجْعَلْ لِي مَصَايِدَ؟ قَالَ: النساءُ

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Iblis apabila turun ke bumi, dia berkata: Wahai Tuhan! Kamu turunkan aku ke bumi dan Kamu jadikan aku yang sebagai tempat rejaman-atau seperti yang disebutkan- maka jadikan untukku sebuah rumah? Jawab Allah: Tandas. Dia berkata lagi: Jadikan untukku satu majlis? Jawab Allah: Pasar-pasar dan tempat perhimpunan jalanan. Dia berkata lagi: Jadikan untukku makanan? Allah menjawab: Apa yang tidak disebut nama Allah ke atasnya. Dia berkata: Jadikan untukku minuman? Allah menjawab: semua minum mabuk. Dia berkata: Jadikan untukku tukang azan? Allah menjawab: alat muzik. Dia berkata lagi: Jadikan untukku Quran? Allah menjawab: Syair. Dia berkata lagi: Jadikan untukku kitab? Allah menjawab: Tatu. Dia berkata lagi: Jadikan untukku hadith? Allah menjawab: Penipuan. Dia berkata lagi: Jadikan untukku tempat buruan? Allah menjawab: Wanita-wanita.

Sahabat Perawi

  1. Abu Umamah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1707, hadis no. 8591. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.