Sesungguhnya ia (al-Sakhrah) adalah Arasy Allah yang paling rendah

TEKS BAHASA ARAB

الحديث الذي يروى في الصخرة أنها عرش الله الأدنى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadis yang diriwayatkan mengenai as-Sakhrah:
“Sesungguhnya ia adalah Arasy Allah yang paling rendah.”

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 86, hadis nombor 154. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومن ذلك الحديث الذي يروى في الصخرة أنها عرش الله الأدنى تعالى الله عن كذب المفترين. ولما سمع عروة بن الزبير هذا قال: "سبحان الله يقول الله تعالى: {وسع كرسيه السماوات والأرض} وتكون الصخرة عرشه الأدنى.

Begitu juga hadis yang diriwayatkan mengenai as-Sakhrah:
أَنَّهَا عَرْشُ اللَهِ الأَدْنَى
“Sesungguhnya ia adalah Arasy Allah yang paling rendah.”
Allah Maha Tinggi dan Mulia daripada segala bentuk pembohongan para pendusta.
Ketika ‘Urwah bin az-Zubair mendengar hadis ini, dia berkata:
سُبْحَانَ اللَهِ! يقول الله تعالى: {وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ} وَتَكُوْنُ الصَّخْرَةَ عَرْشُهُ الأَدْنَى؟
“Maha Suci Allah, Allah berfirman, ‘Luasnya kursi-Nya meliputi langit dan bumi (al-Baqarah: 225).’ Oleh itu, bagaimana dikatakan as-Sakhrah adalah Arasy yang paling rendah?”

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs