TEKS BAHASA ARAB
نعم؛ فإنه دين مقضي. يعني: يستدين ويضحي.
TEKS BAHASA MALAYSIA
“Sesungguhnya ia adalah hutang yang akan dilangsaikan”. Bermaksud seseorang itu boleh berhutang untuk melaksanakan korban.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 410, hadis nombor 2207. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عائشة – رضي الله عنها -، قالت: قلت: يا رسول الله! أستدين وأضحي؟ قال: «نعم؛ فإنه دين مقضي». [قط، هق، «الضعيفة» (4145)].
(Munkar) Daripada ‘Aishah RA, beliau berkata: Aku berkata: “Wahai Rasulullah! Bolehkah aku berhutang untuk melaksanakan ibadah korban?”. Baginda menjawab: “Ya, sesungguhnya ia adalah hutang yang akan dilangsaikan”. [Riwayat al-Daraqutni dan al-Bayhaqi dalam Sunan mereka. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4145].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.