Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نعم؛ فإنه دَيْنٌ مَقْضِيٌّ. يعني: يستدين ويضحي.
Teks Bahasa Melayu
"Sesungguhnya ia adalah hutang yang akan dilangsaikan". Bermaksud seseorang itu boleh berhutang untuk melaksanakan korban.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 410, hadis no. 2207. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عائشة - رضي الله عنها -، قالت: قلت: يا رسول الله! أستدين وأضحي؟ قال: «نعم؛ فإنه دين مقضي». [قط، هق، «الضعيفة» (4145)].
(Munkar) Daripada ‘Aishah RA, beliau berkata: Aku berkata: "Wahai Rasulullah! Bolehkah aku berhutang untuk melaksanakan ibadah korban?". Baginda menjawab: "Ya, sesungguhnya ia adalah hutang yang akan dilangsaikan". [Riwayat al-Daraqutni dan al-Bayhaqi dalam Sunan mereka. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4145].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman